LATEST
Social Media

“Tidak sah dan tidak akan diwartakan!” -MB Negeri Sembilan tegas isu proklamasi 19 April

“Tidak sah dan tidak akan diwartakan!” -MB Negeri Sembilan tegas isu proklamasi 19 April

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan proklamasi bertarikh 19 April 2026 yang dikaitkan dengan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah tidak sah serta tidak mempunyai sebarang kesan.

Kerajaan negeri tidak sokong usaha pertikai kedudukan Tuanku Muhriz

Memetik laporan daripada Astro Awani, beliau memberi jaminan bahawa proklamasi berkenaan tidak akan diwartakan, selain menegaskan kerajaan negeri tidak akan menyokong sebarang usaha untuk mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.

Baca juga: Lima pegawai TUDM ditahan! Guna penerbangan tentera seludup dadah RM4.83 juta

Menurut Ismail, pendirian tersebut turut merangkumi penolakan terhadap sebarang usaha mengiktiraf individu lain atau menghidupkan semula proklamasi berkenaan.

“Saya menegaskan tanpa berbelah bahagi bahawa proklamasi yang dikeluarkan pada 19 April 2026 adalah tidak sah, tidak mempunyai apa-apa kesan dan tidak akan diwartakan.
“Saya dan kerajaan negeri tidak akan menyokong, membantu atau memudahkan apa-apa usaha untuk mempertikaikan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar untuk mengiktiraf mana-mana orang lain atau untuk menghidupkan semula proklamasi 19 April 2026 itu,” katanya.

Foto: Berita Harian

Ambil langkah tarik balik surat 17 Sept

Dalam perkembangan sama, Ismail memaklumkan beliau telah mengambil langkah menarik balik surat bertarikh 17 September 2026 yang sebelum ini dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Jelasnya, surat berkenaan tidak pernah mewakili pendirian rasmi kerajaan Negeri Sembilan dan keputusan menarik baliknya dibuat tanpa sebarang syarat.

“Saya telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Raja-Raja untuk menarik balik surat bertarikh 17 September 2026 yang ditulis oleh saya dan telah merekodkan bahawa surat itu tidak mewakili pendirian kerajaan negeri.
“Saya mengesahkan penarikan balik itu adalah tanpa apa-apa syarat bagi diri saya dan bagi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan saya akan menyebabkan penerimaan itu direkodkan dalam minit Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.
“Saya menyatakan dengan jelas bahawa surat itu tidak pernah mewakili pendirian kerajaan Negeri Sembilan dan bahawa kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut ke atasnya,” katanya.

Foto: MEDIAMBNS

Terdahulu, Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban sebelum memaklumkan bahawa baginda menitahkan beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar.

Titah tersebut bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa, selain kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.

Sumber: Astro Awani (Shuhada Abdul Kadir)

More in Social Media

View all

Latest news