LATEST

“Tolong Henti Kaitkan Saya Dengan Dewi Remaja” 

“Tolong Henti Kaitkan Saya Dengan Dewi Remaja” 

Pelakon Haneesya Hanee meminta agar tidak mengaitkannya dengan Dewi Remaja yang pernah disertainya sekitar tahun 2019.

Menerusi perkongsian di Instagram, Haneesya berkata gelaran tersebut bukan miliknya kerana telah ditarik balik dan dirinya bukan seorang remaja lagi.

Baca juga: Hasrat masak untuk hari lahir anak tak kesampaian, wanita maut motosikal terbabas

BACA: “Orang Nampak Haneesya Hanee Gadis Yang Liar, Penuh Dosa, Seolah Ditakdirkan Masuk Neraka” 

“Tapi ada satu benda yang saya nak minta jasa baik semua. Kalau boleh, please stop kaitkan saya dengan DR lagi.

“Pertama, gelaran tu dah bukan hak milik saya sebab dah ditarik balik. Kedua, saya pun dah bukan remaja lagi. Dan yang paling penting, saya cuma nak move on,” tulisnya.

Sementara itu, Haneesya berkata dia pernah menjadi sebahagian daripada program tersebut namun dia mempunyai impian lebih besar dan mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Saya ada impian yang jauh lebih besar daripada sekadar dikenali kerana satu pertandingan. Saya nak inspire orang. saya nak bawa sesuatu yang baik dalam dunia ni. Saya nak jadi seseorang yang boleh buat orang lain rasa dihargai, didengari dan lebih yakin dengan diri sendiri.

“Saya nak jadi diri saya yang sebenar. Tak perlu berpura-pura, tak perlu jadi seseorang yang saya bukan, semata-mata nak memenuhi expectation orang atau untuk kepentingan hiburan dan views,” katanya.

Latest news