LATEST
National

Kitacon menang kontrak RM100.8 juta bina rumah teres dua tingkat di Seremban

Kitacon menang kontrak RM100.8 juta bina rumah teres dua tingkat di Seremban

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Kumpulan Kitacon Bhd, Kitacon Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM100.8 juta daripada Saujana Prima Development Sdn Bhd bagi pembinaan rumah teres dua tingkat di Seremban, Negeri Sembilan.

Baca juga: Air pasang besar: Tumpat, Pengkalan Chepa antara paling terjejas

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pembinaan itu berkata kontrak berkenaan merangkumi kerja-kerja pembinaan utama, termasuk bangunan sokongan, bagi cadangan pembangunan 403 unit rumah teres, selain dua pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan sebuah pondok pengawal.

Kumpulan Kitacon berkata, kontrak yang bermula pada 20 November 2026 itu dijangka disiapkan dalam tempoh 20 bulan.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham Kumpulan Kitacon bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2027 dan seterusnya sehingga kontrak berkenaan tamat,” katanya.

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news