LATEST

UM juara Pesta Pantun Nusantara Pahang

UM juara Pesta Pantun Nusantara Pahang

KUANTAN: Pasukan dari Universiti Malaya (UM), Sang Seranta diangkat sebagai juara dalam Pesta Pantun Nusantara Pahang 2026 dalam pertandingan julung kali diadakan di Komp­leks Belia dan Sukan Kuantan, di sini, semalam.

Kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Salehudin Iman Azri, Mohamad Al-Azeem Ladin, Muhammad Adam Afiq Zainorin dan Azizah Insyirah Mohd. Anuar itu menerima wang tunai sebanyak RM1,600 berserta trofi.

Baca juga: Dulu guru Matematik Tambahan, kini Alex Tokoh Bahasa Melayu

Muhammad Adam Afiq yang juga dinobat sebagai Pemantun Terbaik itu berkata, seni pantun bukan sekadar pertandi­ngan menyusun kata dan mencari rima indah, sebaliknya wa­risan bahasa Melayu yang perlu terus dipelihara oleh ge­nerasi muda.

“Kalau bukan generasi mu­da yang meneruskan seni pantun, kita bimbang warisan itu semakin dilupakan.

“Pantun perlu terus dihi­dupkan bukan sahaja melalui pertandingan, tetapi juga dalam kehidupan masyarakat supaya keindahannya dapat diwarisi generasi akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menduduki tempat kedua, kum­pulan Bentara DBP dari De­wan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diwakili Nur Fatin Ainina Nor Azman, Siti Nur Balqis Syamsul Zaidi dan Muhammad Affan Muhammad Yu­nus.

Sementara Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pula menduduki tempat ketiga da­lam pertandingan yang dianjurkan oleh Intellectours Sdn. Bhd. dengan sokongan geran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Pengurus Intellectours, Az­wan Mahfurdz berkata, pe­nganjuran itu adalah langkah permulaan bagi menyemarakkan penghayatan seni pantun selain mengembangkan poten­sinya sebagai produk pelancongan budaya yang mempu­nyai identiti tersendiri.

“Pesta Pantun bukan sekadar platform memartabatkan wa­risan Melayu, malah berpotensi menggalakkan pergerakan pelancong domestik serta memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Pesta Pantun merupakan projek sulung Intellectours yang dilaksanakan dengan so­kongan geran MOTAC. Jadi, sudah tentu program ini menjadi satu titik permulaan yang sangat bermakna buat kami,” ujarnya. – UTUSAN

The post UM juara Pesta Pantun Nusantara Pahang appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news