“Walau Sakit Terpaksa Dilepaskan…Sukar Jumpa Pengganti Sebaik Dia” – Razzi Razak

“Walau Sakit Terpaksa Dilepaskan…Sukar Jumpa Pengganti Sebaik Dia” – Razzi Razak

Bekas suami kepada pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman iaitu Razzi Razak dilihat ada memuat naik hantaran di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, Razzi seolah memberi bayangan mengenai perceraiannya bersama Norreen.

BACA: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu

“Walau sakit terpaksa dilepaskan. Hidup mesti diteruskan. Sukar jumpa pengganti baik seperti dia,” tulisnya. 

Hantaran Razzi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak serta mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Terdahulu, Norreen dan Razzi sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Khamis.


Scroll to Top