‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

Susulan kebaikan dan rasa empati yang ditunjukkan menerusi perkongsian video tular, Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam’ mendapat perhatian apabila menerima tajaan dua tiket penerbangan umrah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Hadiah itu diberikan sebagai menghargai tanda keikhlasa dan tanggungjawabnya selaian dia juga tidak pernah mengerjakan ibadah umrah.

Bersyukur dengan tajaan tersebut, Mohd Yusof menyifatkan ia adalah peluang bermakna kerana dengan hadiah yang diberikan, dia dapat menunaikan impian  untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.

“Tiket (pakej umrah) dah ada mak, tiket ini untuk mak.

“Alhamdulillah, syukur rezeki milik Allah. Terima kasih kepada Dr Zulkifli (dan TV Al-Hijrah) yang beri saya peluang pergi umrah.

“Sejak tahun lepas lagi saya memang berniat nak bawa mak ke umrah, jadi ini rezeki yang sangat saya hargai,” katanya.

@minyakhitamjalanan_ Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻‍🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻‍🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻‍🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah ♬ original sound – romiez

 

Mengulas lanjut, Mohd Yusof sama sekali tidak menyangka atau mengharapkan sebarang balasan sepanjang tujuh tahun menghasilkan kandungan ‘Minyak Hitam Jalanan’ di media sosial.

Katanya, apa yang dilakukannya adalah sebagai satu usaha dan menjalankan amanah dalam menguruskan sumbangan orang ramai yang ingin membantu golongan memerlukan.

“Saya buat semua ini kerana Allah. Saya tak minta apa-apa balasan, ini semua rezeki yang Allah aturkan.

“Saya cuma jalankan tanggungjawab sebagai orang yang diamanahkan untuk salurkan infak orang ramai.

“Saya juga tak berani ambil duit infak banyak-banyak sebab takut tersalah guna atau gelap mata. Apa yang saya buat ini sekadar membantu setakat mampu,” jelasnya.

@minyakhitamjalanan_ Aku tak tahu nak cerita macam mana.. pagi tadi abg cina yang aku tolong tu dia call aku.. Abg cina: hai abg Usop, nak jmpe abg Usop blh ke ptg ni, saya datang jmpe abg Usop.. haritu saya dah janji dalam live tiktok, duit yang saya dapat gif tiktok ni nak bagi dekat abg untuk abg tolong orang lain plk. 🧑🏻‍🔧: hai nya, knpe nak bagi saya plk, org bagi untuk u la.. saya tak nak itu duit, u buat belaje sahaje duit tu.. Abg cina: jangan abg Usop, saya dah janji dlm tiktok saya kne bagi jgk.. total gif saya dapat dalam RM 5k saya bagi abg Usop 3K, yang lebih tu saya nak hantar balik kampung sebab anak nak sekolah.. 🧑🏻‍🔧: tak payahlah bagi saya u buat belaje anak u sahaje.. Abg cina: jangan abg Usop, abg Usop bagi location Skrang, saya datang jmpe abg Usop.. ” Aku ambil pendapat isteri aku, Isteri aku cakap, abg ambil duit tu, lepas tu abg infaq dekat anak dia plk, ok baik” ” Saya cume jalankan amanah orang infaq & kjer saya, saya tak nak org lain salah sangka, sebab duit infaq ni bukan blh main² kalau salah jalan abis nanti, lagi satu, saya tak nak duit infaq bnyk² dekat saya, cukup la yang ade, sebab duit ni jahat, blh gelap mata nanti 😊 terima kasih semua yang mendoakan kami, semoga video ini dapat pengajaran bagi kita semua insyaallah” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah ♬ original sound – romiez

Terdahulu, video perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun ‘Minyak Hitam Jalanan Original’, menyentuh hati  ramai pihak apabila membantu seorang pemuda Cina dikenali Dicky yang berdepan kesulitan akibat motosikal pemuda itu rosak di tepi jalan sekitar jam 12 tengah malam.

Kos pembaikan alat ganti berserta upah bernilai RM145.

Sebaik kerja pembaikan selesai, dia mendapati lelaki berkenaan hanya mempunyai wang yang cukup untuk kegunaannya sendiri.

Tersentuh dengan situasi itu, Mohd Yusof mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj dan menggunakan wang infak tersebut bagi menampung kos pembaikan itu.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top