Pelakon Datuk Afdlin Shauki menjelaskan dia tidak berniat menyindir penyanyi Aina Abdul ketika di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di Threads, Afdlin berkata dia tampil memberi penjelasan dengan apa yang dimaksudkan ketika itu merujuk kepada saiz busana yang sering digayakan oleh Aina sehingga menjadi bualan ramai.
Baca juga: Kunjungan mesra Media Prima ke Penjara Wanita Kajang buka ruang fahami usaha pemulihan penghuni
BACA: Afdlin Shauki Timang Cahaya Mata Pada Usia 53 Tahun
View on Threads
Menurut Afdlin, dia merupakan peminat Aina dan melihat perjalanan penyanyi itu dari awal sehingga di tahap sekarang. Malah, Afdlin berkata Aina merupakan selebriti yang berani dalam berfesyen.
“Abang memang peminat Aina Abdul. Abang ikuti perjalanan Aina dari jauh, tengok macam mana dia bina nama dan lalui macam-macam untuk sampai ke tahap sekarang.
“Dalam ramai-ramai artis kita, Aina antara yang paling berani bereksperimen dengan fesyen. Dia buat dengan begitu konsisten sampai orang nampak busana dari jauh pun dah tahu, “Ha, itu mesti Aina Abdul.” tulisnya.
Sementara itu, mengenai dakwaan body shaming, Afdlin menjelaskan jenaka itu merujuk kepada saiz busana Aina dan sudah pasti dia tahu jika fizikal seseorang dijadikan bahan lawak kerana dia juga sering melaluinya.
“Punchline malam tu tentang saiz busana dan apa jadi pada pandangan kamera kalau busana segah itu ada di barisan depan. Abang sendiri dah lama menerima komen tentang tubuh badan, jadi abang tahu macam mana rasanya bila badan kita dijadikan bahan lawak.
“Abang sebut nama Aina sebab gaya dia cukup kuat sampai orang terus kenal. Keberanian dia itulah yang abang nak tonjolkan. Aina, kalau cara abang bergurau malam tu buat Aina rasa tak selesa, abang minta maaf. Abang tak berniat nak menyindir Aina,” katanya.