Azam Baki Pertimbang Saman Albert Tei, Dakwaan Ugutan Mula Jadi Panas!

Azam Baki Pertimbang Saman Albert Tei, Dakwaan Ugutan Mula Jadi Panas!

Oh! Negara

Azam Baki nafi dakwaan ugutan terhadap Albert Tei dan pertimbang tindakan saman terhadap ahli perniagaan itu.


Isu membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki kini mula hangat diperkatakan selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.

Susulan dakwaan itu, Azam tampil menafikan semua tuduhan dan menegaskan beliau langsung tidak pernah berurusan dengan Albert sebelum ini.

Azam Baki nafi pernah berurusan dengan Albert

Kredit Foto Astro Awani

Menurut Azam Baki, beliau bukan sahaja tidak pernah berjumpa atau berhubung dengan Albert, malah tidak pernah menghantar peguam untuk bercakap bagi pihaknya seperti yang didakwa.

Katanya lagi, semua dakwaan yang dibuat itu tidak mempunyai asas yang kukuh dan tindakan undang-undang juga sedang dipertimbangkan.

Sejujurnya, saya tidak pernah berurusan dengannya, tidak pernah berkomunikasi dengannya dan tidak pernah menghantar peguam saya untuk bercakap dengannya.- Katanya.

Peguam sedang siapkan dokumen saman

Kredit Foto NSTP

Dalam masa sama, Azam berkata peguamnya kini sedang menyediakan dokumen berkaitan tindakan saman susulan dakwaan yang dibuat secara terbuka terhadap dirinya.

Beliau juga memaklumkan sudah berhubung dengan pihak polis dan akan memberikan kenyataan lanjut dalam masa terdekat.

Azam turut mengalu-alukan siasatan dijalankan dan sedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

PDRM akan panggil Azam Baki

Ohmedia azam Baki
Kredit Foto Azam Baki

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia dilaporkan akan memanggil Azam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap Albert Tei.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, polis sudah merakam percakapan dua individu termasuk Albert dan seorang peguam yang didakwa menyampaikan ugutan tersebut.

Pssttt! Kalau melibatkan dakwaan serius macam ni, korang jangan cepat terus percaya atau menghukum mana-mana pihak. Biar polis jalankan siasatan dulu supaya perkara sebenar dapat diketahui dengan jelas.

Kredit: Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top