LATEST

BN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

BN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) mengemukakan hanya satu nama calon Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mendapat perkenan baginda.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, warkah mencadangkan nama calon berkenaan telah diserahkan kepada pihak istana susulan surat peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Menurutnya, beliau turut menerima surat peletakan jawatan yang sama sebelum mengemukakan cadangan calon pengganti mengikut amalan dan tatacara parti.”Setakat ini, saya mengemukakan hanya satu nama sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Ideas Putrajaya (FOI) di sini pada Selasa.AKAN MENYUSUL

Latest news