Penyanyi Adira sebagai pengurus anaknya yang juga juara Talk To My Manager musim kedua berkata wang kemenagan tersebut adalah milik Anggrek sepenuhnya.
Memetik mStar Online, Adira berkata belum ada perancangan mengenai penggunaan wang kemenangan tersebut dan akan berbincang dengan Anggrek.
BACA: Adira, Anggrek Dinobat Juara TTMM 2
“Berilah kami sedikit masa untuk fikir sebab bukanlah kita tahu dari awal kita akan menang. Mungkin nanti kami akan berbincang dengan Anggrek juga, tapi duit itu memang milik dia. InsyaAllah,” katanya.
Sementara itu, Adira menyifatkan anaknya itu mempunyai bakat luar biasa dan merasakan belum tentu dia dapat melakukan seperti Anggrek.
“Saya memang tak pernah menjangkakan dia sehebat ini. Semua ini adalah pinjaman dan anugerah daripada Allah.
“Kalau saya sendiri selepas 16 tahun berada dalam industri pun rasa belum tentu mampu melakukan seperti dia. Sebab itu saya rasa Anggrek adalah anugerah luar biasa,” katanya.
Sumber: mStar Online




