Farah Lee Kongsi Sebab Tak Sertai GSF 2.0 – “Fokus Pada Misi Bukan Pada Ahli”

Farah Lee Kongsi Sebab Tak Sertai GSF 2.0 – “Fokus Pada Misi Bukan Pada Ahli”

Pempengaruh yang juga aktivis kemanusiaan, Farah Lee tampil menjelaskan sebab kenapa dia tidak menyertai misi kemanusian global Sumud Flotilla 2.0 (GSF2.0) kali ini.

Kata Farah, keputusannya itu sudah lama dibuat selain asbab lain seperti faktor peribadi dan kontroversi.

“Saya tidak menyertai GSF 2.0 dan keputuan ini sudah lama dibuat atas sebab peribadi dan kontroversi yang mana saya tidak akan mendedahkannya kepada umum.

“Semasa GSF 1.0 saya menolak kenayakan sesi temu bual bersama media untuk kekal fokus dalam misi berbanding peserta. Ini termasuklah mengehadkan hantaran peribadi di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Farah tampil menepisk dakwaan kononnya dia sudah tidak aktif dalam misi bantuan ke Gaza sebaliknya aktif dalam kerja lapangan.

“Saya adalah pekerja di lapangan walaupun nampak macam saya ni tak aktif dalam berkongsi penyertaan saya di GSF 1.0, tetapi saya terus menyalurkan bantuan ke Gaza ketika musim sejuk dan Ramdan pada tahun ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Farah memaklumkan bahawa setiap orang mempunyai tugas dan kapasiti berbeza dalam perjuangan untuk membela Palestin sekali gus berharap orang ramai kekal fokus kepada misi dan bukan ahli yang menyertai.

“Setiap orang mempunyai tugas dan kapasiti berbeza dalam perjuangan untuk membela Palestin. Fokus kepada misi dan bukan ahli yang menyertai.

“Ketika perhatian beralih kepada peserta, kesengsaraan dan nasib malang terus menerus menimpa rakyat Gaza dan itu lebih penting berbanding yang lain.

“Isunya lebih besar keran aia melibatkan ketidakadilan rakyar di sana,” tegasnya.

Dalam pada itu, Farah juga tidak menolak kemungkinan bakal menyertai mana-mana misi kemanusiaan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:Farah Lee Bakal Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Lepas Raya, Mahu Utamakan Misi Kemanusiaan – “Cyst Dah Membesar, Tapi…”

Artikel Berkaitan:“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh

Artikel Berkaitan:“Saya Memang Fun, Tapi Tak Sempat Nak ‘Kacip’ Kat Media Sosial” – Farah Lee

Artikel Berkaitan:Farah Lee Bakal Ke Afghanistan, Teruskan Misi Kemanusiaan Selepas Sertai GSF – “Dua Hari Keluar Penjara Saya Terus Rancang Ke Sana”

Scroll to Top