LATEST
Social Media

PRU16 tak lebih Februari 2028! PM Anwar minta semua pihak bersabar

PRU16 tak lebih Februari 2028! PM Anwar minta semua pihak bersabar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya bersabar berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sambil memberi bayangan pilihan raya itu boleh diadakan sebelum atau selepas sambutan Hari Kebangsaan tahun depan.

Tak akan lepasi Februari 2028

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan, PRU16 perlu diadakan sebelum Februari 2028 dan tidak akan melepasi tempoh berkenaan selaras dengan penggal pentadbiran kerajaan ketika ini.

Baca juga: Baru sekarang nak bising? YB Helmy pertahan pelantikan Timbalan Exco Melaka

“PRU16 mesti diadakan sebelum Februari 2028, begitu lebih kurang. Jadi sabarlah…ia juga sama ada sebelum Hari Kebangsaan ataupun sesudah.
“Ia tidak ada lebih daripada itu,” katanya ketika menjawab soalan mengenai PRU16 dalam program Dialog Negara yang disiarkan menerusi TV1, aplikasi RTMKlik dan juga laman Facebook rasmi beliau.

“Saya pencinta negara, saya yakin dengan keupayaan negara”

Sejak kebelakangan ini, terdapat desakan daripada beberapa pihak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal bagi membolehkan PRU16 diadakan dan mandat baharu diperoleh daripada rakyat.

Mengulas kemungkinan beliau terus menerajui kerajaan sekiranya diberikan mandat sekali lagi, Anwar berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan pilihan raya serta sokongan yang diberikan rakyat kepada parti-parti politik.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan hasrat untuk meneruskan pentadbiran sekiranya diberi peluang, dengan menggunakan pengalaman dan kekuatan sedia ada bagi mengangkat kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Komposisi kita tak boleh tentu sebab kita tengok keadaan dan sokongan serta mandat yang diberikan kepada parti-parti. Tetapi kalau saya, tentulah saya nak teruskan dan tentunya dengan pengalaman yang ada, dengan kekuatan yang ada dapat mengangkat martabat Malaysia.
“Saya pencinta negara. Saya yakin dengan keupayaan negara. Saya meletak harapan tinggi kepada anak-anak muda dan saya mahu Malaysia ini sekarang diangkat menjulang menjadi satu negara yang hebat dan gagah di rantau dan dunia,” katanya.

Terdapat pihak guan agama sebagai alat politik

Dalam perkembangan sama, Anwar turut menyentuh mengenai penggunaan agama dalam politik dengan mengingatkan masyarakat supaya menilai setiap hujah berdasarkan ilmu dan fakta sahih, bukannya menerima sesuatu pandangan secara membuta tuli.

Menurutnya, terdapat pihak yang menggunakan agama sebagai alat politik sehingga menyebabkan masyarakat sukar membezakan antara ketetapan hukum agama dengan pandangan politik yang boleh berubah mengikut kepentingan semasa.

“Kasihan rakyat kita yang menggunakan agama yang pemahamannya agak dangkal, dia terima sebagai yang qat’i (muktamad) yang sudah tetap dan tidak boleh dirombak.
“Padahal kenyataannya ini kan pendapat, pendapat politik. Sebab itu kadang-kadang dalam politik itu dua tahun sekali diubah fatwanya, tetapi orang anggap benda ini daripada tok guru, dia ikut betul. Padahal ini pandangan politik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar membudayakan sikap menyemak dan menilai sesuatu pandangan berdasarkan sumber serta fakta yang jelas, termasuk pandangan yang dikemukakan oleh pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

More in Social Media

View all

Latest news