Fazley Yaakob Jalan Kaki Tengah Panas 2Km Bawa Air Tauhu Demi Insan Tercinta

Fazley Yaakob Jalan Kaki Tengah Panas 2Km Bawa Air Tauhu Demi Insan Tercinta

Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsikan di laman Threads perkara paling manis dilakukan buat insan tercinta.

Menerusi hantaran itu, Fazley berkata ketika itu dia menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh kemudian menahan kereta untuk menumpang individu tidak dikenali.

BACA: “Abang Sengaja Letak…” – DSV Merajuk Sebab Fazley Yaakob Tayang Badan

Fazley Yaakob Jalan Kaki Tengah Panas 2Km Bawa Air Tauhu Demi Insan Tercinta

“Naik train dari KL ke Ipoh, tapi phone batt habis. So tahan kereta untuk tumpang, pergi beli air tahu dan tofufa 10 botol setiap satu. Kemudian tahan dan tumpang kereta lain, berhenti di masjid untuk solat,” tulisnya.

Bukan itu saja, Fazley berkata dia berjalan sejauh 2 kilometer membawa semua air tauhu yang dibelinya ke rumah insan tercinta.

“Kemudian jalan kaki tengah panas 2km bawak air tauhu.Tunggu depan pagar 60 minit untuk si dia selesai solat dan bukak pintu,” katanya.

Sementara itu, meskipun tidak menyebut nama namun rata-rata netizen meneka individu tercinta yang dimaksudkan itu adalah Datuk Seri Vida.


Scroll to Top