Filem Psikologi Thriller, Primetime Haram Ditayangkan Di Malaysia Oleh LPF | Oh! Media

Filem Psikologi Thriller, Primetime Haram Ditayangkan Di Malaysia Oleh LPF | Oh! Media

Trending

Filem Primetime lakonan Robert Pattinson diharamkan tayangan di Malaysia oleh LPF. Punca penolakan masih belum didedahkan.

Intipati Berita

  • Filem psikologi thriller Primetime terbitan A24 diharamkan tayangannya di Malaysia oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
  • Pengedar tempatan, Antenna Entertainment, mengesahkan filem itu tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia.
  • Sebab filem itu diharamkan masih belum didedahkan, manakala LPF juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
  • Filem lakonan dan terbitan Robert Pattinson itu asalnya dijadualkan tayang pada 1 Oktober sebelum ditunda ke 8 Oktober.

Filem psikologi thriller terbitan studio antarabangsa A24, Primetime, tidak akan menemui penonton di pawagam tempatan selepas diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Menurut laporan mStar, perkara itu disahkan pengedar rasmi tempatan, Antenna Entertainment menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Primetime tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Malangnya, filem ini telah diharamkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

Pihak pengedar turut memohon maaf kepada penonton yang kecewa dan berterima kasih atas sokongan serta minat terhadap filem berkenaan.

Apa punca filem Primetime diharamkan?

primetime haram lpf

Bagaimanapun, Antenna Entertainment tidak mendedahkan sebab terperinci yang menyebabkan Primetime gagal melepasi tapisan untuk tayangan umum di Malaysia.

Setakat ini, LPF juga masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung faktor penolakan klasifikasi filem tersebut.

Bila sepatutnya ditayangkan dekat Malaysia?

filem

Untuk rekod, Primetime pada asalnya dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 1 Oktober, sebelum ditunda ke 8 Oktober.

Filem arahan Lance Oppenheim itu menampilkan Robert Pattinson sebagai pelakon utama selain turut bertindak sebagai penerbit.

Apa maksudnya untuk anda?

Kalau korang nak tahu, Primetime mengisahkan seorang pengacara televisyen terkenal yang terlibat dalam sebuah rancangan realiti berkaitan usaha membongkar individu yang didakwa memburu kanak-kanak bawah umur secara seksual.

Selain Robert Pattinson, filem berkenaan turut menampilkan Merritt Wever, Skyler Gisondo dan penyanyi terkenal Phoebe Bridgers.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top