LATEST

Hidup lebih selesa di rumah sendiri

Hidup lebih selesa di rumah sendiri

ADA keluarga yang bertahun-tahun hidup menumpang kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri. Ada pula yang terpaksa terus tinggal di rumah uzur kerana kediaman yang lebih selamat masih di luar kemampuan mereka.Walaupun rumah dihuni lantainya berlubang, dindingnya reput dan atapnya bocor, mereka tiada pilihan kerana itulah satu-satunya tempat mereka sekeluarga berteduh.Seperti orang lain, mereka juga mengimpikan sebuah rumah yang selamat dan selesa. Namun, ada yang tidak lagi mampu bekerja kerana usia lanjut atau ketidakupayaan.Ada pula yang bergantung pada pendapatan yang tidak menentu. Duit yang ada sekadar cukup untuk keperluan asas, justeru kos membaiki rumah atau berpindah ke tempat yang lebih selamat, menjadi sukar ditanggung.Dalam keadaan begitu, impian untuk duduk di rumah yang selesa terasa hampir mustahil menjadi kenyataan. Namun bagi sebahagian daripada mereka, perkara yang dianggap mustahil itu akhirnya menjadi kenyataan.Bermula pada 2007, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Projek Baiti Jannati (PBJ), membantu keluarga asnaf fakir dan miskin mendapatkan tempat tinggal yang selamat dan selesa.Di peringkat negeri, pejabat TNB mengenal pasti calon penerima PBJ dengan sokongan komuniti setempat. Semakan mengambil kira pengesahan status asnaf, pendapatan dan tanggungan. Lawatan ke lokasi pula memberi gambaran sebenar tentang keadaan kediaman keluarga berkenaan.Menumpang di rumah kakakSelepas suaminya meninggal dunia, Noorashikin Hamid, 47 tahun, dan empat anaknya yang masih bersekolah terus menumpang di sebuah rumah yang sempit dan beratap bocor di Kemaman, Terengganu.”Masa arwah suami saya ada dulu, pernah saya mohon bantuan, tapi tak dapat. Mohon untuk pembinaan rumah pun, tak dapat,” katanya.Antara kenangan yang sukar dilupakannya ialah apa yang berlaku pada suatu hari ketika hujan lebat, sewaktu suaminya terlantar sakit.”Pernah arwah suami tengah tidur, hujan jatuh atas muka. Itu yang saya tak boleh lupalah,” katanya yang bergantung pada pencen ilat arwah suami dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara keluarga.Hasrat Noorashikin untuk hidup di rumah selesa akhirnya tercapai menerusi PBJ. Malah, menerusi Projek Menaik Taraf Sistem Voltan Rendah (MSVR), TNB memasang talian baru bagi menambah kapasiti dan menstabilkan bekalan elektrik di kawasan berdekatan rumah Noorashikin, yang mana manfaatnya turut boleh dinikmati penduduk setempat.Bantuan meringankan bebanMohd Firdaus Rosli, 41 tahun, mengalami ketidakupayaan fizikal akibat kemalangan yang membataskan kemampuannya untuk bekerja.Beliau bersama isteri dan empat anak yang masih bersekolah pernah menyewa sebuah rumah uzur di Manir, Kuala Terengganu, pada kadar RM300 sebulan selama tujuh tahun.”Rumah lama tu sangat uzur. Atapnya bocor, dinding berlubang dan dimakan anai-anai. Tangga rumah pun tinggi, menyukarkan OKU seperti saya untuk bergerak,” jelas beliau yang ketika ini masih memerlukan rawatan susulan.Menurut Mohd Firdaus, keadaan bertambah sukar apabila hujan kerana air memasuki rumah melalui pelbagai bahagian.”Memang air akan masuk. Bukan melalui atap saja, melalui dinding pun ia masuk,” katanya lagi.Beliau sekeluarga kini bergantung pada pendapatan isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kedai elektrik serta bantuan JKM.Memahami kesulitan keluarga berkenaan, TNB berusaha mempercepat pembinaan rumah baharu Mohd Firdaus menerusi PBJ agar mereka dapat segera berpindah dan tidak lagi terbeban dengan bayaran sewa.”Memang cepat sangat proses buat rumah ni. Setahu saya, malam pun mereka buat kerja. Alhamdulillah, saya pun cepat dapat duduk sini,” ujar beliau lagi.Jiran tumpang dapat manfaatMuhammad Inche Mat Amin, 67 tahun, memiliki tanah di Kampung Cermin, Tanah Merah, Kelantan. Pendapatan keluarganya yang tidak menentu hasil usaha Muhammad menanam padi dan isterinya menoreh getah, digunakan untuk menampung perbelanjaan harian serta keperluan empat anak dalam tanggungan.”Rumah lama tu memang tak selesalah. Tapi nak buat macam mana? Tak ada tempat lain untuk kita duduk. Terpaksalah duduk situ, biarlah tanggung risiko sikit pun,” katanya.Menariknya, TNB memutuskan untuk memasang 12 batang tiang elektrik bagi menyalurkan bekalan untuk pembinaan rumah PBJ Muhammad dan kegunaan keluarganya selepas rumah siap.Penduduk berhampiran turut boleh memohon sambungan untuk mendapatkan elektrik, daripada TNB.”Tak terfikir saya akan ada rumah di sini. Lepas tu akan masuk elektrik ke sini,” katanya yang mengaku datang menjengah ke tapak setiap hari, kerana teruja melihat rumah idamannya terbina sedikit demi sedikit di tanah sendiri.Rezeki tak salah alamatPenyakit buah pinggang kronik yang dihidapi Suhaidi Abdul Rashid, 41 tahun, menyebabkan beliau tidak lagi mampu bekerja dan perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.Isterinya pula tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga beliau serta anak mereka yang masih bersekolah. Dengan kehidupan yang serba terbatas, beliau membuat keputusan yang mereka sekeluarga terpaksa menumpang di rumah kakaknya di Jeli, Kelantan.Namun, siapa sangka dugaan penyakit yang dihadapi Suhaidi telah membuka jalan untuk beliau memiliki rumah sendiri. Segalanya bermula di pusat dialisis tempat beliau mendapatkan rawatan, apabila seorang jururawat membuka cerita tentang PBJ dan membantu menguruskan permohonannya.Kakak Suhaidi membenarkan rumah PBJ dibina di atas tanah miliknya, betul-betul di belakang rumah yang selama ini menjadi tempat Suhaidi sekeluarga menumpang.”Tak sangkalah boleh dapat rumah. Dah sakit, ni. Memang rasanya tak ada peluang nak buat rumah. Tiba-tiba dapat rumah PBJ ni, rasa bersyukur sangatlah.”Kehidupan sekarang selesalah. Rumah selesa, ada tiga bilik, bilik air, tandas. Cukuplah siap semua,” katanya.Bakti dari hatiBagi tahun 2026, TNB memperuntukkan RM6.1 juta bagi membina 61 rumah PBJ di seluruh Semenanjung. Di Pantai Timur, penyerahan tahun ini melibatkan lima rumah di Kelantan dan lima lagi di Terengganu.Setakat November ini, sebanyak 42 keluarga penerima PBJ tahun ini sudah pun menerima kunci dan menghuni rumah baru masing-masing.Kini, Noorashikin boleh membesarkan anak-anak di rumah sendiri. Firdaus pula lebih mudah bergerak dan menjalani rutin harian di rumahnya.Muhammad akhirnya dapat tinggal di atas tanah sendiri, lengkap dengan bekalan elektrik, manakala Suhaidi dan keluarganya dapat menjalani kehidupan tanpa rasa serabut di kepala.Bagi keluarga yang sudah lama menumpang atau bertahan di rumah uzur, ada rasa lega apabila akhirnya dapat berkata, “Ini rumah kita.” Di situlah mereka dapat membesarkan anakanak dan melalui susah senang bersama dengan lebih tenang lagi selesa.Hasrat TNB cuma satu, agar bakti dari hati ini membawa bahagia kepada keluarga yang sudah lama mengimpikan rumah sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Projek Baiti Jannati dan inisiatif TNB bagi komuniti yang memerlukan, layari www.tnb.com.my.   

Latest news