“InsyaAllah Saya Kuat, Saya Reda” 

“InsyaAllah Saya Kuat, Saya Reda” 

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania berkata dia reda apabila mahkamah mengesahkan rumah tangganya dengan Ahmad Aslam sudah pun berakhir.

Memetik Astro Gempak, Marisssa berkata dia dalam keadaan baik serta meminta orang ramai mendoakan untuknya dan kehidupannya baik-baik selepas ini.

BACA: Marissa, Aslam Bercerai, Abby Abadi Syukur

“Insya-Allah saya kuat. Saya okay dan reda. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Doakan saya,” katanya.

Sementara itu apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Aslam selepas ini sama ada masih boleh berkawan, Marrisaa enggan mengulas lanjut.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top