LATEST

Isteri maut, anggota trafik cedera nahas motosikal

Isteri maut, anggota trafik cedera nahas motosikal

am@hmetro.com.my

Baca juga: UniKL mohon maaf isu persembahan hiburan ala konsert pada majlis konvokesyen

Sungai Petani: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal Yamaha XMAX dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 82.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Noria Anak Rengit, 47, yang beralamat di Ampang, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Suaminya, Henry Gregory Anak Lassi, 47, bertugas sebagai anggota polis trafik (Operasi) di Ampang, Selangor yang menunggang motosikal itu pula mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang kenderaan dipercayai sebuah lori yang bergerak sehala sebelum terbabas ke kiri jalan.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan selain menyalurkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sekiranya ada.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut manakala penunggang motosikal yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news