DUNIA perfileman Bollywood menyaksikan kehadiran pelakon-pelakon wanita muda yang menonjol dan bakal menyaingi pelakon sedia ada. Berbekalkan rupa paras menawan serta kebolehan menari dan bakat lakonan, lima pelakon muda berbakat ini akan menjadi pelapis yang mendominasi industri sinematik Hindi. Berikut lima jelitawan bakal menyerlah.
SARA ALI KHAN
Sara Ali Khan kekal sebagai antara pelakon wanita muda progresif, kebolehan dan bakat lakonannya diwarisi daripada ibu bapanya, Amrita Singh dan Saif Ali Khan. Sara yang juga penerima anugerah Pelakon Baharu Terbaik Filmfare 2019 merupakan graduan Columbia University membuktikan dia mampu berdiri dengan bakat sendiri tanpa bantuan orang tuanya.
SHARVARI WAGH
Pelakon berusia 29 tahun ini mencipta nama menerusi filem pecah panggung seperti Alpha serta lakonannya dalam drama bersejarah Maharaj. Shavari Wagh sebelum terjun ke bidang lakonan, lebih dahulu berperanan sebagai penolong pengarah dan bekerja dengan sutradara hebat seperti Sanjay Leela Bhansali dan Luv Ranjan.
SHANAYA KAPOOR
Melangkah ke arus perdana, Shanaya Kapoor mewarisi bakat lakonan ibu bapanya, Maheep Sandhu dan Sanjay kapoor. Membuat kemunculan sulung menerusi filem Vrushabha, Shanaya Kapoor dijangka menjadi antara bakat muda yang menonjol dalam industri.
NITANSHI GOEL
Nintanshi Goel melakar kecemerlangan pada usia hanya 17 tahun dengan menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik IIFA 2025 menerusi persembahan Laapataa Ladies. Dalam masa sama, pelakon berusia 19 tahun ini merupakan penerima termuda anugerah artis baharu terbaik Anugerah Filmfare ke-70.
ANEET PADDA
Bintang meningkat naik, Aneet Padda menerajui filem aksi Shakti Shalini yang bakal ditayangkan Disember ini. Dianggap antara wajah utama generasi baharu Bollywood, pelakon berasal dari Armritsar ini memulakan kerjaya peragaan dengan membintangi iklan ternama seperti Cadburry, Paytm dan Amazon.




