SEREMBAN – Cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bukanlah pilihan terbaik untuk menyelesaikan krisis politik yang sedang berlaku di negeri ini.Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, pembubaran DUN mungkin boleh dipertimbangkan sebagai jalan terakhir sekiranya tiada kaedah lain yang dapat menyelesaikan kemelut berkenaan.”Bagi saya pembubaran DUN adalah sesuatu yang tak wajar dilakukan pada waktu sekarang dan mungkin boleh menjadi jalan terakhir sekiranya tiada cara lain lagi nak selesaikan krisis yang berlaku.”Tetapi persoalannya, adakah jika DUN dibubarkan ia akan menyelesaikan isu ini? Kita tidak tahu keputusan pilihan raya nanti akan memihak kepada siapa,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim memaklumkan beliau tidak pernah memberikan persetujuan supaya surat peletakan jawatannya dikemukakan kepada Tuanku Muhriz.Susulan itu, Istana Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan yang Ismail perlu membuktikan mendapat sokongan majoriti ADUN, selain menolak dakwaan bahawa Istana mahu ADUN Juasseh terbabit kekal sebagai Menteri Besar.Menurut Arul Kumar lagi, apa yang yang sedang berlaku sekarang bukanlah disebabkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.Sebaliknya kata ADUN Nilai itu, ia adalah kegagalan mereka untuk mencari jalan tengah bagi menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan yang sedang berlaku.Justeru ujarnya, Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk menentukan langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis terbabit, termasuklah soal pelantikan Menteri Besar.”Kuasa membubarkan DUN dan melantik Menteri Besar adalah di bawah bidang kuasa atau perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.”Kita yakin dalam masa terdekat ini Tuanku mempunyai budi bicara dan cara tersendiri untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.Arul Kumar berkata, seseorang Menteri Besar sememangnya perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) sekaligus bagi memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik.Sekiranya tidak mendapat sokongan majoriti, katanya, pelbagai perkara boleh berlaku ketika persidangan DUN, termasuk usul undi tidak percaya yang boleh menyebabkan seseorang Menteri Besar ditumbangkan.Dalam pada itu, beliau menegaskan PH sebagai pembangkang tidak mencampuri urusan berkenaan dan tidak mahu melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.”Kita berharap semua pihak dapat bekerjasama dengan istana untuk menyelesaikan isu ini.”Mandat yang diberikan rakyat perlu digunakan dengan sewajarnya dan tidak sepatutnya menyebabkan negeri berdepan keadaan kerajaan tidak berfungsi dengan baik sehingga berlarutan selama beberapa bulan,”katanya.
Krisis Negeri Sembilan: ‘Kalau bubar DUN pun belum tentu selesai’ – Arul Kumar
Malay News | https://www.malay.news/krisis-negeri-sembilan-kalau-bubar-dun-pun-belum-tentu-selesai-arul-kumar/