LATEST

KKM tunggu laporan lengkap berhubung kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar

KKM tunggu laporan lengkap berhubung kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar

am@hmetro.com.my

Baca juga: Pindah milik hartanah Bumiputera cecah RM48.6 bilion pada 2025

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu laporan lengkap berkaitan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM akan mengeluarkan kenyataan selepas menerima laporan penuh membabitkan pelajar berkenaan.

Ketika ditanya sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan mental, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh memberikan komen mengenai perkara itu sehingga menerima kenyataan rasmi.

“Saya berjanji akan menyampaikan maklumat berkenaan kepada semua pihak media sebaik sahaja mendapatkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Kesihatan dan Kesejahteraan: Membangun Bakar dan Kapasiti Penyelidikan di seluruh Asia sempena Festival of Ideas (FOI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pelajar di sebuah sekolah di Perak.

Anwar dilapor berkata, tiada sebarang aspek harus diketepikan supaya keadilan dapat ditegakkan dan memastikan kejadian seumpama itu dapat dicegah daripada berulang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news