NUTP gesa KPM tarik balik ‘Aku Janji’ guru, bimbang beri risiko kepada pendidik

NUTP gesa KPM tarik balik ‘Aku Janji’ guru, bimbang beri risiko kepada pendidik

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kewajipan guru menandatangani Aku Janji kepatuhan polisi perlindungan murid menerusi surat pekeliling ikhtisas (SPI) sebagai sesuatu yang amat tidak wajar.

Langkah tersebut seolah-olah menidakkan usaha guru

Menerusi hantanran di Facebook, Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon menyatakan, langkah itu seolah-olah menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid, termasuk dalam aspek perlindungan.

Menurutnya, NUTP menyokong semua inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan murid berada dalam keadaan selamat, dilindungi dan sejahtera ketika di sekolah.

NUTP gesa KPM tarik balik ‘Aku Janji’ guru, bimbang beri risiko kepada pendidik

NUTP berpandangan ‘aku janji’ risikokan guru

Namun, NUTP berpandangan aku janji berkenaan berpotensi merisikokan guru serta menjadi penguat kepada mana-mana plaintif dalam saman sivil terhadap guru pada masa hadapan.

“Walau bagaimanapun, mewujudkan paksaan kepada guru untuk menandatangi Aku Janji kepatuhan polisi perlindungan murid melalui SPI ini adalah sesuatu yang amat tidak wajar dan menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid dalam aspek perlindungan kepada mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, NUTP sedang mengadakan perundingan dengan KPM supaya Aku Janji tersebut ditarik balik dan digantikan dengan elemen lain yang lebih bersifat profesional serta tidak ‘mengancam’ guru.

“Untuk tempoh terdekat (sebelum adanya persetujuan bersama antara NUTP dan KPM berkaitan perkara ini), pihak NUTP meminta agar semua ahli tidak menandatangani aku janji tersebut dan meminta agar semua Pengetua dan Guru Besar tidak membuat paksaan kepada guru-guru untuk menandatangani aku janji tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, KPM mengeluarkan SPI KP Bil. 4 Tahun 2026 bertarikh 1 Julai lalu bagi melaksanakan Polisi Perlindungan Murid Sekolah di bawah kementerian itu.

Sumber: Facebook NUTP Malaysia 

Scroll to Top