LATEST

Pemangku Raja Terengganu berkenan berangkat ke Kompleks SPRM Terengganu

Pemangku Raja Terengganu berkenan berangkat ke Kompleks SPRM Terengganu

mhafis@mediaprima.com.my

Baca juga: ‘Saya faham hanya dengan serangkap pantun, mereka sudah melenting’ – Ahmad Maslan

Kuala Terengganu: Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu hari ini sempena Bengkel Pemantapan Penyiasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah Negeri Terengganu Tahun 2026.

Keberangkatan baginda disambut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman.

Program diteruskan dengan sesi pembentangan taklimat oleh tiga agensi utama yang terlibat, iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT) dan SPRM Terengganu.

Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Nor Adha Ab Gani dalam taklimatnya memberikan penerangan mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab SPRM khususnya dalam aspek pencegahan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan rasuah.

Beliau turut menegaskan komitmen SPRM Terengganu untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada agensi-agensi terlibat dalam usaha membanteras rasuah, selain merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada SPRM dalam menjayakan kerjasama berkenaan.

Dalam rangka lawatan itu, baginda turut berkenan melawat Galeria SPRM Terengganu sebelum dibawa meninjau beberapa fasiliti operasi agensi berkenaan, termasuk Bilik VIR, Bilik Alat Bantuan Teknikal, Bilik Kawad Cam serta lokap lelaki dan wanita.

Lawatan berkenaan memberi peluang kepada baginda melihat dengan lebih dekat kemudahan, fungsi dan pengoperasian SPRM, khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang serta pencegahan rasuah.

Turut hadir Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk M Rozi Bidin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Datuk Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan; Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin serta Pengarah Bahagian Komunikasi dan Strategik, Hisyam Mohd Yusoff.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news