PRN Johor: Onn Hafiz kekal bertanding DUN Machap

PRN Johor: Onn Hafiz kekal bertanding DUN Machap

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, kekal bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai ini.

Pengumuman tersebut dibuat beliau sendiri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor pada Majlis Pengumuman Calon BN di Pejabat UMNO Johor di sini, pada Rabu.

Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi selepas memperoleh 11,029 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN–PAS) Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran serta calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.

Sebelum ini, beliau juga pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti tipis 364 undi selepas menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy.

Setakat ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengesahkan calon muda Nor Hafiz Roslan akan bertanding di DUN Machap menerusi pengumuman oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Isnin lalu.

PRN Johor akan berlangsung pada 11 Julai ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

 

Scroll to Top