saadiah_ismail@bh.com.my
Kuala Lumpur: Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan mampu meningkatkan kefahaman berkaitan dengan isu semasa yang dibincangkan secara bersama.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ruang program seperti itu secara tidak langsung dapat membantu menilai isu berasaskan ketelitian fakta.
“Saya percaya perbincangan seperti ini dapat meningkatkan kefahaman berkaitan isu-isu semasa.
“Semoga ruang program seperti ini dapat membantu kita menilai isu berasaskan ketelitian fakta serta menyampaikan pandangan secara kritis dan berhemah,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan di Menara Dato’ Onn, di sini, anjuran Penerangan UMNO bersama barisan panel.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii, Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.
© New Straits Times Press (M) Bhd




