Ribut petir melanda di beberapa negeri sehingga jam 11 pagi

Ribut petir melanda di beberapa negeri sehingga jam 11 pagi

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melanda dua buah negeri sehingga jam 11 pagi, hari ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, cuaca berkenaan membabitkan beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.

Sementara itu, Sarawak turut dilanda ribut petir di beberapa kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan dan Betong (Saratok dan Kabong).

Selain itu, kawasan Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) serta Kapit (Song) di Sarawak diramal ribut petir melanda.

Amaran ini dikeluarkan oleh jabatan berkenaan pada jam 8.15 pagi hari ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih melalui laman web rasmi dan media sosial rasmi METMalaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top