Oh! Tidak
Suami orang dicekup bersama tukang urut wanita warga Indonesia dalam sebuah bilik di Bandar Penawar, Johor.
Datang katanya sebab badan lenguh, tapi keadaan dalam bilik ketika pemeriksaan dibuat akhirnya mengundang padah buat seorang lelaki berusia 30-an di Bandar Penawar, Johor.
Lelaki berstatus suami orang itu dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada jam 10.45 malam Ahad bersama seorang tukang urut wanita warga Indonesia berusia 30-an.
Dicekup berduaan dalam bilik urut

Ketika pemeriksaan dibuat, lelaki berkenaan ditemui sedang berbaring dengan hanya memakai seluar dalam manakala wanita terbabit duduk di sebelahnya.
Pemeriksaan turut menemukan sebuah katil bujang bersama tilam dan cadar, pakaian milik lelaki itu serta beberapa botol kecil berisi minyak urut.
Lelaki itu tinggal bersendirian di daerah ini dengan menyewa sebuah bilik, sementara isteri dan anaknya berada di negeri lain yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan.
Kebiasaanya, dia pulang seminggu sekali atau dua minggu sekali dan wanita warga asing itu merupakan tukang urut di situ.- Kata JAINJ.
Wanita warga Indonesia itu pula dilaporkan sudah bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan sejak empat bulan lalu.
Suamai orang dakwa hanya mahu urutan biasa

JAINJ memaklumkan premis terbabit dipercayai mendapatkan pelanggan melalui promosi di beberapa aplikasi selain menerima pelanggan tetap yang datang secara terus.
Bayaran urutan biasa dikenakan RM80 bagi tempoh sejam manakala ada bayaran tambahan bagi perkhidmatan lain.- Katanya.
Bagaimanapun, lelaki itu menafikan mendapatkan perkhidmatan tambahan dan mendakwa hanya datang untuk urutan biasa kerana mengalami lenguh badan akibat kerja.
Kedua-duanya kemudian ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

