LATEST
National

Surat letak jawatan tanpa persetujuan: Polis Negeri Sembilan sahkan tiada laporan dibuat MB

Surat letak jawatan tanpa persetujuan: Polis Negeri Sembilan sahkan tiada laporan dibuat MB

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan mengesahkan tiada laporan diterima daripada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung surat peletakan jawatan beliau yang didakwa diserahkan kepada pihak istana tanpa pengetahuan dan persetujuan.

Baca juga: Tiang tumbang dirempuh kereta hempap rumah, pemilik syukur tak kena bilik tidur

“Setakat ini daripada Menteri Besar (Datuk Ismail Lasim) tidak ada lagi,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, diserahkan kepada pihak istana tanpa persetujuan Ismail.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin dilaporkan berkata, pengadu meminta polis menjalankan siasatan berdasarkan beberapa laporan media dan kenyataan yang dirujuknya.

Ahmad Azwan berkata, laporan itu dibuat seorang pesara lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 9.55 pagi tadi.

Beliau berkata, pengadu turut meminta polis meneliti kemungkinan wujud kaitan antara isu surat peletakan jawatan berkenaan dengan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news