'Tengok rakaman ini rasa rindu sangat. Mana ibu kenapa tak balik lagi?'

'Tengok rakaman ini rasa rindu sangat. Mana ibu kenapa tak balik lagi?'

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Keluarga pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, sejak 24 Mei lalu mengakui terlalu rindu untuk bertemu semula dengan wanita itu.

Anak tirinya, Nurr Asyikin Haszman, 29, turut tertanya-tanya mengenai keberadaan Jaslinda, 49, selepas melihat laporan mengenai perkembangan terkini wanita itu menerusi rakaman kamera pengawasan hidupan liar milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Tengok rakaman ini rasa rindu sangat. Mana ibu (Jaslinda), kenapa tak balik lagi?,” soalnya dalam satu hantaran di aplikasi Threads hari ini.

Sebelum ini, kelibat Jaslinda dilihat melintasi satu daripada kamera pengawasan di lokasi laluan pendakian Gunung Batu Putih, Tapah dipercayai bergerak mengikut laluan ke Kem Sukaneka pada hari pertama beliau dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, Jaslinda didapati melintasi Kamera 1 sekitar jam 11.22 pagi 24 Mei lalu, dengan tiada rakaman lanjut menunjukkan beliau berpatah balik melintasi kamera itu.

Kata Nurr Asyikin, Jaslinda adalah antara ahli keluarga yang baik, selalu membantu dan melindungi dirinya sekiranya dalam kesusahan.

“Ibulah orang yang selalu bantu Ikin kalau kena marah dengan ayah. Baliklah ibu,” katanya.

Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu menerusi laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Dia dilapor hilang selepas kali terakhir dilihat MGP di puncak gunung.


Berita berkaitan

Kelibat Jaslinda pada 24 Mei lalu dikesan melalui kamera pengawasan di Gunung Batu Putih

Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda

‘Hafiz ambil gambar akak dah sampai’ – Tulisan Jaslinda di puncak Gunung Batu Putih

Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih

Ops Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki-Suami

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan

Jaslinda dipercayai tersasar ke Gunung Rayu, SAR bersambung esok

Pasukan baharu lapan anggota diterbangkan untuk kesan Jaslinda di Gunung Batu Putih

Kehilangan Jaslinda: Pasukan SAR jumpa tapak kaki, botol air, bungkusan ‘jajan’

Kehilangan Jaslinda: Pasukan SAR jumpa tapak kaki, botol air, bungkusan ‘jajan’

JBPM buka ‘winching point’ baharu dalam usaha mencari Jaslinda

Pendaki hilang di Gunung Batu Putih: Keadaan Jaslinda dijangka masuki fasa kritikal selepas hilang lebih 72 jam

Kehilangan Jaslinda: Polis ambil keterangan 7 individu

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top