LATEST

Tipu pakej perkahwinan: Polis cari Nurul Afza bantu siasatan

Tipu pakej perkahwinan: Polis cari Nurul Afza bantu siasatan

am@hmetro.com.my

Baca juga: Kemelut politik Negeri Sembilan: ADUN BN-PN sepakat akur arahan pucuk pimpinan

Jasin: Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes penipuan berkaitan tawaran pakej perkahwinan hingga mengakibatkan mangsa kerugian berjumlah RM27,490.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, 15 laporan polis diterima daripada beberapa mangsa membabitkan kes berkenaan dalam tempoh 19 hingga 20 April lalu.

Beliau berkata, wanita dikenal pasti sebagai Nurul Afza Shazlan berusia 26 tahun itu adalah warganegara Malaysia dan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Khairul Jalaluddin di talian 013-2793799 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news