LATEST
National

24 ADUN BN, PN Negeri Sembilan capai kata sepakat, patuh arahan, ketetapan parti

24 ADUN BN, PN Negeri Sembilan capai kata sepakat, patuh arahan, ketetapan parti

SEREMBAN: Seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) malam ini mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti dan pucuk pimpinan

Baca juga: ‘Sebelum bercakap, tolong guna otak, fahami sensitiviti orang Islam’ – Dr Akmal bidas kenyataan MP Kota Melaka

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kata sepakat itu dicapai hasil perjumpaan khas yang diadakan di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di sini, malam ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik apa ketetapan yang akan dibuat parti.

Katanya, mesyuarat hari ini dihadiri 22 ADUN BN dan PN, dengan semuanya sepakat dengan keputusan perjumpaan itu.

“Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang juga ADUN Juasseh tidak hadir.

“Dua lagi ADUN iaitu Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) kini berada di luar negara, namun masing-masing menyatakan sokongan terhadap keputusan dibuat malam ini.

“Ini bagi memastikan segala kemelut politik sedang melanda dapat diselesaikan segera demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Negeri Sembilan,” katanya melalui kenyataan selepas perjumpaan khas itu.

Mesyuarat berlangsung dua jam setengah selepas bermula 9 malam tadi.

Perjumpaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang mengekalkan Ismail sebagai Menteri Besar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news