Oh! Negara
Tony Pua disiasat polis susulan hantaran berkaitan Rukun Negara, 98 laporan sudah diterima seluruh negara.
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kini menjadi perhatian selepas polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadapnya susulan satu hantaran di media sosial berkaitan Rukun Negara.
Difahamkan, setakat ini sebanyak 98 laporan polis sudah diterima dari seluruh negara dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit.
Polis lengkapkan siasatan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan dan proses melengkapkan kertas siasatan sedang dilakukan.
Kita sudah merakam keterangan Tony Pua dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- Katanya.
Menurut laporan sebelum ini, Tony Pua hadir ke Bukit Aman dan meluangkan kira-kira 40 minit untuk memberi keterangan kepada pihak polis.
Tony Pua dipanggil bantu siasatan Bukit Aman

Tony Pua yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi membantu siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas.
Kes ini terus menjadi perhatian ramai di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen yang mengikuti perkembangan siasatan tersebut.
Setakat ini, polis masih meneruskan siasatan dan orang ramai pastinya menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.
Pssttt! Dalam dunia media sosial sekarang, apa yang ditulis memang boleh beri kesan besar. Jadi sebelum kongsi atau buat kenyataan, elok kita fikir dulu supaya tak timbul salah faham atau perkara yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




