LATEST

Tuah kunjungan dua hari: Pesara kerajaan menang rumah teres dua tingkat di MSAM 2026

Tuah kunjungan dua hari: Pesara kerajaan menang rumah teres dua tingkat di MSAM 2026

am@hmetro.com.my

Baca juga: Tabung Bantuan Kemanusiaan bantu rakyat Palestin berjaya kumpul RM3.8 juta

Kuala Lumpur: Kunjungan selama dua hari ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026, di sini, membawa tuah kepada pesara kerajaan apabila muncul pemenang hadiah utama cabutan bertuah pengunjung berupa sebuah rumah teres dua tingkat di Suasana Bandar Ainsdale, Nilai, Negeri Sembilan.

Zaleha Idris, 69, dari Shah Alam berkata, beliau amat bersyukur dan tidak menyangka kunjungannya ke program berkenaan membuahkan hasil, apatah lagi hadiah itu adalah yang terbesar pernah dimenanginya sepanjang hayat.

Beliau berkata, kunjungannya ke MSAM 2026 bersama anak dan cucu bukan sekadar untuk menyertai aktiviti cabutan bertuah, malah mengambil peluang mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Katanya, beliau sememangnya pelabur ASNB dan mengambil peluang mengunjungi acara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk serta peluang pelaburan yang sesuai diperkenalkan kepada anak dan cucunya.

“Saya amat berbangga dan bersyukur kerana memenangi hadiah ini yang langsung tidak disangka, ini hadiah paling besar pernah saya menang dalam hidup.

“Saya datang pada hari pertama, Jumaat, dan kembali pada hari terakhir bersama anak-anak serta cucu-cucu,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan MSAM 2026, di sini, hari ini.

Hadiah utama itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican, disaksikan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Zaleha berkata, kunjungannya pada hari terakhir acara itu hampir tidak menjadi kenyataan berikutan kekangan masa, namun beliau tetap berusaha hadir dan menghantar penyertaan sebelum kaunter cabutan bertuah ditutup pada jam 3 petang.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung bertuah, Shahirah Safi’ai, 36, dari Bandar Saujana Putra membawa pulang pakej pelancongan bernilai RM50,000.

Selain itu, Zulkifli Musa, 38, dari Shah Alam yang membawa pulang sebuah kereta elektrik (EV) BYD Seal Performance berkata, sebelum ini beliau menggunakan kereta manual keluaran 2012 yang sudah dipandunya sejak lebih sedekad lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news