Watsons lakar sejarah, hargai ahli dengan ganjaran bernilai RM10 juta

Watsons lakar sejarah, hargai ahli dengan ganjaran bernilai RM10 juta

Siapa sangka bermula dengan sekadar mengumpul mata ganjaran, kini pengalaman membeli-belah di Watsons Malaysia telah berubah menjadi satu gaya hidup yang jauh lebih bermakna.

Terbaharu, rangkaian peruncit kegemaran ramai ini mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records menerusi kempen “Ganjaran Raksasa”, yang menawarkan nilai ganjaran tertinggi pernah diberikan dalam program kesetiaan di negara ini.

Watsons lakar sejarah, hargai ahli dengan ganjaran bernilai RM10 jutaNilai W Rewards yang ditawarkan mencecah lebih RM10 juta, khas buat lapan juta ahli Watsons Club yang sentiasa setia bersama mereka.

Pengiktirafan ini membuktikan Watsons bukan lagi sekadar destinasi untuk mendapatkan barangan penjagaan diri, malah menjadi sebuah ekosistem ganjaran menyeluruh buat penggunanya.

Lebih daripada sekadar mata ganjaran

Menerusi kempen berskala besar ini, ahli Watsons kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk menebus mata ganjaran mereka.

Menariknya, manfaat ini melangkaui sempadan kedai fizikal kerana ia turut melibatkan lebih 150 rakan jenama merangkumi kategori makanan dan minuman, pelancongan, serta pelbagai aktiviti gaya hidup dan kesihatan yang lain.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, transformasi ini dilakukan bagi memastikan program kesetiaan mereka kekal relevan mengikut peredaran zaman.

“Kami mahu Watsons Club menjadi platform yang benar-benar memberi nilai dalam kehidupan harian ahli.

“Pencapaian rekod ini adalah tanda terima kasih kami kepada komuniti yang semakin berkembang, selain komitmen kami untuk terus memberi ganjaran yang luar biasa kepada semua,” katanya.

Inklusif untuk setiap fasa kehidupan

Sehubungan itu, kejayaan inisiatif terdahulu seperti Watsons 45+ Club yang memfokuskan kepada keperluan kesihatan warga emas dan Watsons Mum’s Club bagi membantu golongan ibu, kini diteruskan lagi dengan pengenalan Watsons Student Club.

Program khas untuk mereka yang berumur 21 tahun ke bawah ini direka untuk membantu pelajar menikmati produk kesihatan dan kecantikan kegemaran pada harga yang lebih mesra bajet.

Antara kelebihan yang pastinya menarik perhatian golongan muda adalah pemberian 10 kali ganda (10X) mata ganjaran bagi pembelian pertama pada setiap hari Selasa.

Langkah proaktif ini dilihat sebagai cara Watsons untuk mendekati generasi masa hadapan dan membina hubungan yang lebih akrab sejak awal lagi.

Bagi memeriahkan suasana, Watsons turut membawa kemeriahan ini terus kepada pelanggan menerusi aktiviti “Ganjaran Raksasa” yang berlangsung di Lot 10 Premier Terrace, Bukit Bintang sehingga 19 April ini.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai permainan interaktif menggunakan mata ganjaran mereka untuk memenangi hadiah secara langsung melalui aplikasi Watsons.

Sementara itu, sepanjang tempoh kempen sehingga 22 April ini, pelanggan di seluruh negara boleh menikmati promosi hebat seperti diskaun 60 peratus bagi produk kedua.

Manakala bagi mereka yang baru ingin menyertai keluarga besar Watsons, pelbagai baucar eksklusif bernilai sehingga RM300 serta beg edisi terhad sedia menanti untuk dibawa pulang.

Dengan gabungan inovasi digital dan kepelbagaian ganjaran, Watsons Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju gaya hidup yang sentiasa memahami keperluan dan kehendak penggunanya.

Layari https://www.watsons.com.my/promo-promotion atau kunjungi cawangan Watsons terdekat anda untuk dapatkan lebih banyak promosi hebat. 



© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top