Fenomena dan trend blind box nampaknya masih belum reda di Malaysia. Kali ini giliran karakter beruang comel Butterbear pula!

Istimewanya, KFC x Butterbear Keychain Charm Blind Box Collection hanya boleh didapati di cawangan KFC terpilih sahaja. Bukan semua KFC ada tau, jadi anda semua kena cepat kalau tak nak ketinggalan.

4 rekaan untuk dikumpul

Terdapat 4 rekaan Keychain Charm Blind Box Butterbear untuk dikumpul. Semua pun comel-comel, confirm kena kumpul semua rekaan untuk dijadikan koleksi.
-KFC Egg Tart Butterbear
-KFC Bucket Butterbear
-KFC Zinger Butterbear
-KFC Drumstick Butterbear
Keychain Charm Blind Box Butterbear ini boleh dibeli pada harga RM39.90 dengan pembelian mana-mana kombo di KFC. Cepat dapatkan sementara stok masih ada.
Kalau nak tahu, pembelian Keychain Charm Blind Box Butterbear ini akan diberikan secara rawak, di mana pembeli tidak boleh memilih rekaan.

Blind box ini boleh dibeli di cawangan KFC terpilih untuk Dine in, Take Away, Kiosk, & Drive Thru.
Selain itu, dengan setiap pembelian Chicky Meal akan diberikan pelekat Butterbear secara percuma.
Untuk terma dan syarat serta lokasi cawangan KFC terlibat, klik DI SINI.
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.





