2 lokasi di Kuala Kedah dilanda air pasang

2 lokasi di Kuala Kedah dilanda air pasang

am@hmetro.com.my

Kuala Kedah: Kawasan Padang Garam dan Jeti Kuala Kedah, di sini, antara dua lokasi yang dinaiki air tengah hari ini, susulan fenomena air pasang yang melanda.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Moktar berkata, anggotanya melakukan pemantauan di lokasi terbabit pada 1.09 tengah hari di sekitar kawasan yang terjejas.

Menurutnya, pemantauan dibuat oleh anggota dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Masa bacaan ramalan air pasang adalah pada jam 1.09 tengah hari iaitu 2.94 meter tetapi masa bacaan sebenar adalah 2.94 meter pada 12.30 tengah hari.

“Keadaan cuaca cerah ketika pemantauan dilakukan dan aras air di lokasi menunjukan sedikit menurun.

“APM masih membuat pemantauan dan dalam keadaan bersiap sedia dan keadaan masih terkawal, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top