Baru-baru ini, pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa pelajar lelaki yang tular kerana memijak al-Quran di Pahang, adalah seorang mualaf.
Dalam perkongsian di Facebook, Firdaus berkata, individu itu memeluk Islam pada 20 April tahun lalu.
BACA: Lelaki Pijak Al-Quran Didakwa Seorang Muslim
Terbaharu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tampil menjelaskan kedudukan sebenar berhubung rekod pengislaman lelaki berkenaan.
MUIP sahkan tiada rekod pengislaman

Dalam laporan Sinar Harian, Ketua Pendaftar Mualaf Pahang, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, semakan dalam pangkalan data mendapati nama individu terbabit tidak tersenarai sebagai mualaf berdaftar di bawah seliaan pihaknya.
Menurut beliau, pemeriksaan silang turut dibuat dengan pihak berkuasa agama di beberapa negeri bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

Setakat ini, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur turut mengesahkan tiada rekod pengislaman bagi penuntut berkenaan.
Pihaknya masih menunggu maklum balas rasmi bagi negeri-negeri lain untuk mengesahkan status pendaftaran lelaki itu.
Dr Asmadi turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pendedahan terdahulu.
Namun, beliau masih belum memberikan sebarang maklum balas.
Pssttt! Isu melibatkan agama sememangnya sensitif dan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati. Dalam keadaan tegang seperti ini, semua pihak wajar menunggu penjelasan rasmi dan tidak membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan. Biarlah proses undang-undang berjalan dengan adil agar kebenaran dapat ditegakkan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



