LATEST

Pembangunan pusat data perlu lepasi penilaian bekalan air – Abdul Rahman

Pembangunan pusat data perlu lepasi penilaian bekalan air – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Setiap cadangan pembangunan pusat data di Malaysia dinilai menerusi Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) dengan mengambil kira ketersediaan sumber air, kapasiti sistem bekalan air serta keperluan pengguna sedia ada di kawasan terbabit.Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, semua aspek berkenaan dinilai bagi memastikan keterjaminan bekalan air kepada pengguna sedia ada sentiasa terpelihara.”Jika kapasiti sistem tidak mencukupi atau pembangunan tersebut berpotensi menjejaskan rizab margin bekalan air, cadangan berkenaan tidak akan disokong untuk diteruskan sehingga keperluan kapasiti bekalan air dapat ditangani.”Selain kawalan dari aspek kapasiti bekalan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut menetapkan beberapa keperluan khusus bagi pembangunan pusat data menerusi garis panduan bekalan air, antaranya menggalakkan penggunaan sumber air alternatif seperti air pulih guna (APG) serta sumber lain yang sesuai,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai langkah dan mekanisme kerajaan dalam memastikan pertumbuhan pesat industri pusat data tidak menjejaskan kecukupan bekalan air negara.Menurut Abdul Rahman, menerusi mekanisme penilaian kapasiti, penggunaan sumber air alternatif, tanggungjawab pemaju terhadap infrastruktur serta kawalan penggunaan dan permintaan air, pembangunan pusat data boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan keutamaan bekalan air kepada rakyat.Beliau berkata, berdasarkan data DCTF dari tahun 2025 hingga Jun tahun ini, sebanyak 24 projek pusat data telah diluluskan.”Daripada jumlah itu, 10 projek diluluskan di Selangor, satu di Negeri Sembilan dan 13 projek di Johor,” katanya.

Latest news