LATEST

Pas tolak kerjasama dengan pihak bermusuh terhadap Islam

Pas tolak kerjasama dengan pihak bermusuh terhadap Islam

SHAH ALAM – Pas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang secara terbuka memusuhi Islam, selaras dengan prinsip perjuangan parti itu yang meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai asas tertinggi.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk bukan Islam hanya dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan prinsip serta dasar Islam.Menurut beliau, Pas turut menegaskan keperluan berpegang teguh kepada hukum ALLAH dan Rasulullah SAW dalam semua urusan, termasuk pentadbiran, masyarakat dan negara.”Pas menegaskan dalam undang-undang tubuhnya bahawa al-Quran dan Sunnah diletakkan paling tinggi serta membatalkan undang-undang manusia yang bercanggah dengannya serta diharamkan ijtihad yang mengatasinya.”Pas menubuhkan Majlis Syura Ulama (MSU) bagi menjaga perkara dasar ini,” katanya dalam kenyataan Minda Presiden pada Isnin.Abdul Hadi berkata, prinsip berkenaan turut menjadi asas kepada pendirian Pas dalam menentukan hala tuju kerjasama politik yang mempunyai perbezaan ideologi.Beliau turut mengkritik pendekatan politik yang meletakkan wajah Islam dengan jenama Islam progresif, pluralisme dan madani.”Ada yang membawa konsep agama kerana meraikan atau terkini kerana nyata berwala’ kepada DAP yang menegaskan dalam perlembagaannya konsep demokrasi sekularisme yang meraikan penyesuaian dan ‘Malaysian Malaysia’.”Semua perkara yang dilakukan itu bagi menarik pengundi Melayu Islam untuk menampung kekurangan undi DAP dan mendapatkan 100 peratus undi tambahannya untuk DAP bagi menambah kerusi dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menjadi suara yang sama dengan DAP,” katanya lagi.Abdul Hadi berkata, keadan itu menyebabkan kumpulan berkenaan meninggalkan kewajipan ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ dan berisiko pupus sekiranya gagal menarik sokongan masyarakat Melayu Islam.”Pas membawa konsep hak bukan Islam dalam negara dan tegas bahawa Islam adalah tertinggi berbeza dengan konsep pluralisme yang menyamakan semua agama, termasuk perkara yang bercanggah dengan konsep Islam yang sebenar,” jelas beliau.Ahli Parlimen Marang itu berkata, dalam kerjasama yang fleksibel dengan pihak lain, ALLAH meletakkan garis sempadan menerusi Surah al-Maidah iaitu tolong-menolong dalam mengerjakan kebajikan serta takwa dan jangan membantu dalam berbuat dosa serta pelanggaran.”Madani ialah sifat fitrah semua manusia secara mutlak yang perlu diwajahkan mengikut ajaran masing-masing yang berbeza.”Adapun madani versi kerajaan Pakatan Harapan adalah mutlak tidak dinyatakan wajhnya, berkonsepkan campuran sekularisme, Islam progresif dan pluralisme yang meletakkan persamaan agama yang bercanggah dengan Islam yang memberikan hak beragama kepada semua,” katanya.Abdul Hadi berkata, Pas diharuskan bersama bukan kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem serta tidak memusuhi Islam dan umatnya dengan berkonsepkan petunjuk ALLAH dan bukan bersifat kebendaan.”Adapun kerjasama dengan bukan Islam berpandukan firman dalam surah al-Mumtahanah iaitu ALLAH tidak melarang untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu.”ALLAH hanya melarang kamu menjadikan kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu orang lain untuk mengusirmu.”Demikianlah Rasullah SAW membatalkan tahaluf dengan bukan Islam apabila mereka melanggar syarat-syarat dasar dan Rukun Islam,” ujar beliau.

Latest news