LATEST
World News

Angka korban di Gaza meningkat kepada 74,736 ketika pencerobohan Israel berterusan

Angka korban di Gaza meningkat kepada 74,736 ketika pencerobohan Israel berterusan

GAZA – Angka korban akibat perang genosid Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 74,736 orang, manakala 176,194 lagi cedera sejak 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).Pihak berkuasa kesihatan pada Sabtu memaklumkan bahawa hospital di seluruh Semenanjung Gaza menerima sembilan mangsa yang maut dan 55 individu cedera dalam tempoh 24 jam lepas.Menurut pihak berkuasa itu, angka korban sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025 meningkat kepada 1,671 orang, manakala jumlah yang cedera mencecah 6,062 orang.Sebanyak 851 jasad turut ditemukan di bawah runtuhan.Sementara itu, sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, dengan pasukan ambulans serta penyelamat masih tidak dapat sampai kepada mereka, menurut sumber berkenaan.Pihak berkuasa kesihatan turut melaporkan bahawa 12 lagi kematian dimasukkan ke dalam jumlah keseluruhan angka korban selepas maklumat mengenainya dilengkapkan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengesahan Syuhada, susulan kemas kini terakhir pada 4 Nov 2026. – Bernama-WAFA   

More in World News

View all

Latest news