Bekas Pekerja Astro Dipenjara 4 Tahun Selepas Manipulasi 731 Akaun Pelanggan

Bekas Pekerja Astro Dipenjara 4 Tahun Selepas Manipulasi 731 Akaun Pelanggan

Oh! Tidak

Bekas pekerja Astro dipenjara 4 tahun selepas mengaku salah manipulasi 731 akaun pelanggan sejak 2013.


Seorang bekas pekerja Astro, Nora Idayu Jaafar dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas 731 pertuduhan memanipulasi pangkalan data syarikat sepanjang hampir tujuh tahun.

Menurut laporan Berita Harian, proses pembacaan semua pertuduhan itu mengambil masa kira-kira lima jam sebelum wanita berusia 49 tahun itu membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim.

Bekas pekerja Astro salah guna akses sistem syarikat

Kredit Foto Janaan AI

Tertuduh yang mula bekerja di Astro sejak tahun 2003 ditempatkan di Unit Sokongan Komersial dan mempunyai akses kepada sistem dalaman syarikat termasuk AMDOCS Customer Relationship Management (CRM) serta Enterprise Data Warehouse (EDW).

Berdasarkan fakta kes, Nora menggunakan dua ID pengguna miliknya untuk menukar sebanyak 731 akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat secara tidak sah antara 30 Oktober 2013 hingga 20 Ogos 2020.

Apa yang lebih mengejutkan, akaun korporat itu sebenarnya adalah akaun khas tidak berbayar yang hanya digunakan untuk kegunaan dalaman syarikat sahaja.

Pelanggan nikmati siaran tanpa bayar

Kredit Foto Janaan AI

Akibat tindakan itu, pelanggan biasa berjaya menikmati perkhidmatan penyiaran berbayar Astro tanpa dikenakan sebarang caj secara tidak sah.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Astro di Menara Icon, Jalan Tun Razak dan didakwa di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Jika sabit kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan adalah denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Pendakwaan mohon hukuman berat

Kredit Foto Janaan AI

Peguam bela memohon supaya hukuman penjara empat tahun dijalankan serentak memandangkan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain menghidap bipolar serta menghadapi tekanan rumah tangga dan kewangan.

Namun begitu, pihak pendakwaan tetap memohon hukuman berat dikenakan kerana perbuatan itu dilakukan secara sistematik dan berpanjangan.

Perbuatan tersebut dilakukan secara sistematik, konsisten dan berpanjangan sehingga menjejaskan integriti serta tahap kebolehpercayaan sistem pengurusan pelanggan dan transaksi utama Astro.- Katanya.

Pssttt! Zaman sekarang semua sistem guna data dan akses digital. Jadi bila ada pihak yang salah guna kepercayaan serta sistem syarikat untuk kepentingan sendiri, kesannya memang besar. Harap kes macam ni jadi pengajaran buat semua supaya jangan sesekali ambil mudah soal integriti di tempat kerja.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top