suharmin.yusuf@hmetro.com.my
Subang Jaya: Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain bersama rakan-rakannya berhampiran sebuah pasar raya di Persiaran Subang Indah, di sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.06 malam.
“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan kanak-kanak itu berlaku pada jam 6.30 petang semasa sedang bermain bersama rakan-rakan.
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat di lakukan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, setakat ini operasi pencarian sedang giat dijalankan.
Sementara itu, katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dalam perjalanan ke lokasi.
“Operasi membabitkan sembilan anggota dari BBP Subang Jaya dengan bantuan pasukan PPDA, selain menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender, dua bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda,” katanya.
Anwar berkata pada 8.08 pagi 15 Jun lalu, Tuan Ibrahim telah menerbitkan video klip yang mempunyai kenyataan fitnah itu menerusi akaun Facebook rasminya iaitu @Tuan Ibrahim Tuan Man dan pada 24 Jun lalu, ia turut dimuat naik di akaun Facebook “PAS Pahang”.
Beliau mendakwa perkataan fitnah itu secara khusus dan langsung merujuk kepada diri, watak, integriti, jawatan, profesion atau kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Plaintif berkata perkataan-perkataan memfitnah itu adalah tidak benar, palsu, tidak berasas, keterlaluan dan berniat jahat serta telah diungkap atau diterbitkan tanpa sebarang fakta atau bukti sokongan yang munasabah.
“Plaintif tidak pernah mengarahkan, mempengaruhi atau menyebabkan Polis Diraja Malaysia menyiasat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana individu semata-mata hanya kerana individu berkenaan telah mengkritik plaintif, kerajaan atau mana-mana anggota pentadbirannya,” menurut pernyataan tuntutan itu.
Perdana Menteri berkata beliau tidak pernah campur tangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan, memilih, mengundi atau melantik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam proses perlembagaan atau adat yang berkaitan dengannya di negeri berkenaan.
Anwar berkata disebabkan tindakan defendan itu, beliau mengalami kerosakan serius terhadap reputasi, watak, maruah, integriti, kredibiliti, nama baik serta kedudukannya secara peribadi mahupun dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden PKR, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Tambun.
Oleh itu, beliau memohon perintah injunksi untuk menghalang Tuan Ibrahim atau wakilnya daripada terus menerbitkan atau menerbitkan semula perkataan-perkataan memfitnah itu.
Perdana Menteri juga menuntut defendan memadamkan penerbitan fitnah di mana-mana akaun media sosial, platform atau penerbitan yang berada dalam milikan, jagaan atau kawalannya.
Selain ganti rugi am, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.
© New Straits Times Press (M) Bhd

