Dalam kehidupan serba pantas hari ini, ramai wanita perlu mengimbangi pelbagai peranan dalam satu masa seperti kerjaya, keluarga, dan tanggungjawab peribadi.
Tanpa disedari, rutin yang padat ini boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya apabila muncul tanda-tanda seperti berat badan sukar turun, gangguan tidur, emosi tidak menentu dan rasa letih yang berpanjangan.
Sering kali keadaan ini dianggap berpunca daripada kurang disiplin atau tabiat makan semata-mata namun hakikatnya, ia mungkin berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon dalam badan khususnya hormon stres yang dikenali sebagai kortisol.
Menurut Pengarah Perubatan Klinik Dr Hannani dan She Clinic, Dr. Hannani Kamarudin, tekanan kronik boleh menyebabkan paras kortisol kekal tinggi untuk tempoh yang lama.

Apabila ini berlaku, tubuh mula mengalami pelbagai perubahan seperti pengumpulan lemak di bahagian perut, kitaran haid yang terganggu, masalah tidur, keletihan melampau serta emosi yang mudah terjejas.
Lebih mencabar, ramai wanita tidak menyedari bahawa tubuh mereka berada dalam keadaan stres berpanjangan yang akhirnya menyukarkan usaha menurunkan berat badan walaupun pelbagai diet telah dicuba.
Berbeza dengan pendekatan diet biasa yang fokus kepada kalori semata-mata, Diet Kortisol menitikberatkan gaya hidup secara keseluruhan. Ia melihat kesihatan dari sudut yang lebih menyeluruh bukan hanya apa yang dimakan, tetapi juga bagaimana seseorang menjalani kehidupan harian.
Pendekatan ini memberi perhatian kepada beberapa elemen utama seperti pemakanan yang menyokong sistem saraf, pengurusan tekanan yang lebih efektif, kualiti tidur yang mencukupi dan rutin harian yang lebih seimbang.
Tujuan utamanya adalah untuk membantu tubuh keluar daripada mod stres dan kembali ke keadaan yang lebih stabil secara semula jadi.
Apabila keseimbangan hormon mula pulih, perubahan positif biasanya akan menyusul. Ramai wanita melaporkan berat badan menjadi lebih terkawal, tidur lebih lena, dan tahap tenaga meningkat sepanjang hari.

Selain itu, kitaran haid menjadi lebih konsisten dan emosi lebih stabil, sesuatu yang penting dalam mengurus kehidupan seharian dengan lebih baik.
Menariknya, perubahan ini tidak berlaku secara drastik atau ekstrem sbaliknya ia berlaku secara berperingkat dan lebih mampan dalam jangka masa panjang.
Salah satu kelebihan utama Diet Kortisol ialah ia praktikal dan sesuai dengan gaya hidup masa kini. Ia tidak menuntut perubahan mendadak, tetapi menggalakkan penyesuaian kecil yang konsisten.
Langkah-langkah seperti memperbaiki waktu tidur, mengurus tekanan dengan lebih baik dan memilih makanan yang menyokong keseimbangan hormon boleh memberi kesan besar apabila diamalkan secara berterusan.
Pendekatan ini juga menekankan bahawa kesihatan bukan tentang kesempurnaan, tetapi keseimbangan.
Diet Kortisol bukan sekadar trend, tetapi satu bentuk kesedaran baharu tentang pentingnya menjaga keseimbangan dalaman dalam dunia moden. Ia mengingatkan bahawa tubuh manusia bukan mesin yang boleh dipaksa bekerja tanpa henti, tetapi sistem yang memerlukan penjagaan dan perhatian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Diet Kortisol serta program yang ditawarkan, orang ramai boleh mengikuti Instagram rasmi Cortisol Diet Malaysia atau melayari laman web klinikdrhannani.com.my/cortisol-diet-malaysia.




