LATEST

Eyra Hazali Umum Hamil Anak Keempat

Eyra Hazali Umum Hamil Anak Keempat

Pelakon Eyra Hazali berkongsikan khabar gembira dia bersama suaminya yang juga pemain bola sepak, Haziq Nadzli, bakal menimang cahaya mata keempat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Eyra memuat naik video bersama tiga cahaya matanya sebelum menunjukkan imej imbasan bayi serta alat ujian kehamilan.

Baca juga: Sembilan jajahan di Kelantan diramal banjir

BACA: Tayang Aurat, Eyra Hazali Tegur Wanita Berhijab Buat Trend Gambar 80-an

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas rezeki zuriat tersebut serta mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin dipermudahkan.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Hud Ezqandar.

Latest news