FOODPANDA Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelanggan melebihi 12 peratus sepanjang 2026, sekali gus mencerminkan perkembangan positif platform penghantaran itu dalam memperkukuh ekosistem perdagangan digital negara.Dalam tempoh sama, jumlah pesanan meningkat 19 peratus manakala jualan rakan niaga berkembang 18 peratus hasil kerjasama berterusan dengan komuniti peniaganya.Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Kenneth Soh berkata, pencapaian tersebut membuktikan kejayaan syarikat berkait rapat dengan perkembangan perniagaan rakan niaga yang menjadi tunjang utama operasinya.Menurutnya, setiap pesanan yang berjaya disempurnakan melibatkan usaha pelbagai pihak termasuk penyedia makanan, pembekal barangan keperluan dan pasukan yang memastikan pelanggan menerima perkhidmatan terbaik.”Kejayaan kami berkait rapat dengan kejayaan rakan niaga. Mereka membangunkan perniagaan melalui usaha bertahun-tahun dan mengharapkan perkhidmatan yang boleh dipercayai serta peluang untuk terus berkembang.”Kami memandang serius tanggungjawab itu dan mahu memastikan pandangan serta pengalaman rakan niaga terus menjadi asas dalam meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya.Beliau berkata demikian sempena Majlis Makan Malam Penghargaan Rakan Niaga foodpanda 2026 yang berlangsung di M Hotel & Resort Kuala Lumpur pada Khamis.Majlis yang menghimpunkan kira-kira 400 wakil rangkaian restoran, pasar raya, peruncit, jenama tempatan dan perniagaan baharu itu turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebagai tetamu kehormat.Dalam pada itu, Kenneth berkata, foodpanda Malaysia menetapkan tiga keutamaan strategik bagi 2027 dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan dan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan kepada rakan niaga.Katanya, keutamaan pertama memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan logistik bagi memastikan penghantaran lebih pantas, cekap dan boleh dipercayai.”Keutamaan kedua pula melibatkan penambahbaikan pengalaman pelanggan serta pengukuhan program langganan pandapro bagi meningkatkan kesetiaan pelanggan dan menggalakkan pesanan berulang.”Kami juga mahu memperluas pilihan produk meliputi barangan runcit, keperluan harian dan produk peruncitan supaya pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan menerusi platform kami,” katanya.Menurutnya, pendekatan itu dijangka meningkatkan kekerapan pembelian pelanggan sekali gus menyediakan peluang perniagaan lebih luas kepada rakan niaga.”Matlamat kami mudah, iaitu menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan peluang pertumbuhan kepada rakan niaga.”Penghantaran lebih pantas, pengalaman lebih baik dan pilihan produk yang lebih luas akan memberi pelanggan lebih banyak sebab untuk terus menggunakan perkhidmatan kami,” ujarnya.Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan beberapa rakan niaga menerima pengiktirafan atas pencapaian dalam pertumbuhan perniagaan, kepuasan pelanggan, kecemerlangan operasi dan kerjasama pemasaran.Antara penerima utama ialah Mixue yang dinobatkan sebagai Rakan Niaga Terbaik kategori Restoran, Lotus’s bagi kategori Barangan Runcit dan Watsons bagi kategori Kesihatan dan Kecantikan.Nestlé dan Farm Fresh pula menerima pengiktirafan sebagai Rakan Niaga Terbaik pandamart, manakala FamilyMart memenangi anugerah Retail Rockstar.Sebagai penghargaan kepada pelanggan, foodpanda Malaysia turut memperkenalkan kempen baucar foodpanda Partners’ Awards pada 23 hingga 24 November ini.Menerusi kempen tersebut, pelanggan menikmati potongan RM15 bagi pembelian minimum RM30 dengan menggunakan kod promosi FPAWARDS ketika membuat pembayaran.
Foodpanda catat pertumbuhan pelanggan lebih 12 peratus
Malay News | https://www.malay.news/foodpanda-catat-pertumbuhan-pelanggan-lebih-12-peratus/