LATEST

Gangguan Microsoft 365 bukan serangan siber – NACSA

Gangguan Microsoft 365 bukan serangan siber – NACSA

KUALA LUMPUR – Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukan serangan siber, menurut Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada Jumaat.NACSA menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, gangguan itu melibatkan aplikasi utama iaitu Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR.”Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber,” menurut hantaran itu.Sehubungan dengan itu, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah NACSA menyarankan semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) supaya menyemak status perkhidmatan masing-masing yang terjejas.”Semua pihak berkaitan diminta memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu dan  sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada Microsoft,” menurut hantaran itu.NACSA juga meminta supaya sebarang gangguan terhadap operasi organisasi dilaporkan segera melalui saluran pelaporan sedia ada.- Bernama

Latest news