Haier perkenal mesin basuh lebih pintar

Haier perkenal mesin basuh lebih pintar

KUALA LUMPUR – Haier Electrical Appliances Malaysia Sdn Bhd melancarkan secara rasmi Siri Mesin Basuh Muatan Atas Haier IRIS 2698 yang menawarkan penyelesaian cucian generasi baharu lebih pintar, mudah dan efisien untuk isi rumah di Malaysia.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis itu menghimpunkan rakan media, rakan niaga serta tetamu industri bagi menyaksikan sendiri inovasi terbaharu Haier dalam teknologi cucian.

Siri berkenaan dibangunkan berdasarkan keperluan isi rumah moden yang semakin berkembang, khususnya dalam kehidupan seharian yang semakin sibuk dan memerlukan penyelesaian untuk menguruskan jumlah cucian lebih banyak selain menjimatkan masa serta memudahkan rutin harian.

Seiring perubahan berkenaan, Haier terus memberi tumpuan kepada pembangunan perkakas rumah yang bukan sekadar menawarkan prestasi, malah membantu mempermudah kehidupan seharian menerusi aspek kemudahan, penjagaan dan ketenangan fikiran.

Siri IRIS 2698 merealisasikan pendekatan itu menerusi empat teras utama iaitu Clean, Care, Smart dan Health, yang menggabungkan teknologi cucian termaju dengan ciri pintar bagi memberikan pengalaman mencuci yang lebih mudah dan menyeluruh.

Menurut Ketua Pemasaran Jenama Haier Malaysia, Julian Thean, inovasi terus menjadi teras kepada usaha Haier dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian pengguna.

“Di Haier, kami percaya bahawa inovasi bukan sekadar tentang teknologi, tetapi tentang bagaimana teknologi tersebut dapat menyelesaikan cabaran sebenar yang dihadapi pengguna setiap hari.

“Siri IRIS 2698 mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang lebih pintar dan mudah, sekali gus membantu keluarga menikmati kehidupan seharian yang lebih berkualiti,” katanya.

Haier perkenal mesin basuh lebih pintar

JULIAN THEAN

Sementara itu, Pengarah Produk Haier Malaysia, Stacy Kew Poh Yin berkata, Siri IRIS 2698 menggabungkan teknologi termaju bagi memberikan prestasi cucian lebih berkesan, penjagaan fabrik lebih baik serta pengendalian yang lebih mudah.

“Siri IRIS 2698 dibangunkan berasaskan empat teras utama iaitu Clean, Care, Smart dan Health bagi memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman mencuci yang lebih efisien, mudah dan bebas kerisauan,” katanya.

Di bawah teras Clean, Siri IRIS 2698 dilengkapi Double Drive Technology yang direka untuk menghasilkan cucian lebih bersih selain mengurangkan pakaian daripada berpintal dan berbelit.

Sistem cucian konvensional yang menggunakan satu kuasa pemacu boleh menyebabkan pakaian berpintal dan berbelit antara satu sama lain ketika proses cucian.

Berbeza dengan sistem itu, Double Drive Technology eksklusif daripada Haier menggunakan dua kuasa pemacu bagi menghasilkan pergerakan cucian yang lebih kuat dan berkesan.

Teknologi berkenaan membantu mengurangkan pakaian daripada berbelit selain memberikan cucian lebih menyeluruh dan berkesan.

Di bawah teras Clean, Siri IRIS 2698 dilengkapi Double Drive Technology yang direka untuk menghasilkan cucian lebih bersih selain mengurangkan pakaian daripada berpintal dan berbelit.

Di bawah teras Clean, Siri IRIS 2698 dilengkapi Double Drive Technology yang direka untuk menghasilkan cucian lebih bersih selain mengurangkan pakaian daripada berpintal dan berbelit.

Ia turut direka untuk mengendalikan pelbagai jenis pakaian termasuk muatan lebih besar, sekali gus menawarkan kuasa cucian optimum sambil memberikan penjagaan fabrik lebih baik.

Bagi teras Care pula, teknologi Essence Wash membolehkan pengguna melengkapkan satu kitaran cucian dalam tempoh hanya 39 minit, sekali gus membantu menjimatkan masa tanpa mengorbankan prestasi cucian.

Menerusi Essence Spray Technology, detergen terlebih dahulu dicampurkan menjadi pati pekat sebelum disemburkan terus pada fabrik.

Proses itu membolehkan detergen meresap dengan lebih cepat dan sekata sejak awal kitaran cucian, sekali gus membantu menanggalkan kotoran dengan lebih berkesan dalam tempoh yang lebih singkat.

Berdasarkan muatan cucian yang disyorkan sehingga 3 kilogram.

Untuk teras Smart, Siri IRIS 2698 dilengkapi fungsi AI Wash dan One Touch bagi menawarkan pengalaman cucian pintar dengan operasi lebih mudah.

Fungsi AI Wash menggunakan kawalan motor yang tepat untuk mengesan berat cucian secara automatik, menentukan jumlah air yang sesuai serta melaraskan tempoh cucian, keamatan penggunaan detergen dan nisbah putaran mengikut keperluan cucian.

Siri itu turut dilengkapi program penjagaan khusus untuk fabrik halus serta barangan seperti cadar dan linen.

Menerusi fungsi One Touch pula, pengguna hanya perlu menekan dan menahan butang selama tiga saat selepas menghidupkan mesin.

Mesin basuh kemudiannya akan menetapkan parameter cucian secara automatik dan memulakan kitaran cucian, menjadikan proses mencuci lebih mudah serta praktikal.

Sementara itu, teras Health menampilkan Fresh Air System yang memastikan tab mesin basuh berputar secara automatik setiap jam selepas kitaran cucian selesai.

Sistem itu membantu meningkatkan aliran udara, mengurangkan kelembapan dan membantu mengelakkan pembentukan bau kurang menyenangkan.

Hasilnya, pakaian boleh kekal lebih segar sehingga 12 jam selepas selesai dicuci, sekali gus memberikan pengguna lebih fleksibiliti sekiranya mereka tidak dapat mengeluarkan pakaian serta-merta selepas kitaran cucian tamat.

Dengan pelancaran Siri Mesin Basuh Muatan Atas IRIS 2698, Haier terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan perkakas rumah inovatif yang memenuhi keperluan isi rumah moden yang sentiasa berubah.

Menggabungkan prestasi cucian berkuasa, teknologi pintar dan reka bentuk yang mengutamakan kemudahan pengguna, siri terbaharu itu direka bagi membantu keluarga Malaysia menghabiskan lebih sedikit masa menguruskan cucian.

Pada masa sama, ia menawarkan rutin harian yang lebih mudah dan lancar menerusi penyelesaian rumah yang lebih pintar.

Scroll to Top