Seattle: Selepas mengalami penurunan dalam beberapa hari kebelakangan ini, harga tiket bagi perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia antara Amerika Syarikat (AS) dan Bosnia & Herzegovina melonjak naik menjelang pagi ini.
Harga tiket minimum di Stadium Bay Area San Francisco mencecah AS$1,818 (RM7,445), lima jam sebelum sepak mula di Santa Clara, menurut perkhidmatan penjejak tiket TicketData.com.
Ia meningkat sekitar 20 peratus berbanding lima jam sebelumnya, dan 25 peratus lebih tinggi berbanding harga pada jam 3 pagi waktu Pasifik.
Purata tiga hari menunjukkan peningkatan sekitar 7 peratus, namun turun naik harga berlaku dengan ketara.
Harga tiket sempat jatuh serendah AS$1,326 (RM5,430) pada pagi Selasa, menurut data sama.
Namun, angka itu masih lebih tiga kali ganda berbanding harga tiket minimum bagi perlawanan Belgium menentang Senegal di Stadium Seattle pada hari yang sama.
Satu jam sebelum sepak mula, suasana jalan sekitar stadium juga didapati lebih lengang berbanding empat perlawanan peringkat kumpulan yang pernah dihoskan bandar itu sebelum ini, termasuk aksi pembukaan Belgium menentang Mesir.
© New Straits Times Press (M) Bhd




