06 Mei 2026 04:58pm
Masa membaca: 4 minit

Syarikat perkapalan Perancis CMA CGM mengesahkan pada Rabu salah satu kapalnya menjadi sasaran dalam serangan pada Selasa ketika transit melalui Selat Hormuz.
PARIS – Syarikat perkapalan Perancis CMA CGM mengesahkan pada Rabu salah satu kapalnya menjadi sasaran dalam serangan pada Selasa ketika transit melalui Selat Hormuz, lapor media tempatan, menurut Xinhua.
Kapal bernama San Antonio telah diserang semasa melalui laluan air strategik itu, menurut akhbar harian Perancis Le Figaro.
Anak kapal yang cedera dalam kejadian telah dipindahkan dan kini menerima rawatan perubatan, manakala kapal itu mengalami kerosakan, menurut laporan berkenaan.
Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran pada Selasa mengulangi amarannya kepada semua kapal yang berhasrat untuk transit di Selat Hormuz supaya menggunakan hanya koridor yang ditetapkan oleh negara itu sebelum ini. – Bernama



