Pelakon dan penyanyi Lufya Omar berkata dia menyifatkan suami Dr Afifah Hidayah iaitu Kapten Amrul Nizar antara rakan lelaki yang banyak menyokong perniagaannya.
Memetik mStar Online, Lufya berkata dia memperkenalkan Dr Fie dan suaminya untuk membantu mempertemukan dua insan tanpa mengetahui mengenai hal peribadi mereka.
Baca juga: Kanak-kanak jadikan ular sawa mainan gelongsor
BACA: Lufya Mohon Maaf, Perjelas Salah Faham Perkenalan Dr Fie & Suami
“Saya tak tahu apa-apa. Takkanlah saya nak sibuk tentang hal peribadi orang lain. Jadi bila orang marah saya, satu benda saja Alhamdulillah transfer pahala pada saya.
“Amrul adalah antara rakan lelaki yang sentiasa menyokong bisnes saya, kenalkan saya dengan ramai orang. Jadi saya hanya berbudi, dia (Amrul) pun ada buat kebaikan. Dia mungkin ada kesilapan sendiri, bukan saya punya hak untuk menghakiminya,” katanya.
Sementara itu, Lufya berkata niatnya mempertemukan Dr Fie dengan Amrul bukan untuk mencari populariti atau glamor sebaliknya mahu melakukan kebaikan.
“Niat saya kenalkan Fie dengan Amrul, saya gembira. Bukan nak glamor, saya dah pernah glamor dulu. Saya hanya nak dapat pahala besar,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya berkata niat dia memperkenalkan mereka untuk mendapat pahala namun bukan dirinya yang yang bertanggungjawab terhadap perjalanan rumah tangga pasangan berkenaan.
“Bukan saya yang tulis takdir hidup mereka. Saya kenalkan dengan nat dapat pahala besar mudah-mudahan jadi satu perkahwinan bahagia buat mereka. Mana tahu esok pun saya pun bahagia. Saya fikir kebaikan itu juga mengalir untuk anak saya. Biarlah nanti anak saya takdirnya baik,” katanya.
Sumber: mStar Online