Marquez sambar petak utama GP Jerman

Marquez sambar petak utama GP Jerman

Hohenstein-Ernstthal: Juara bertahan, Marc Marquez, meraih petak utama Grand Prix (GP) Jerman selepas mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan di Litar Sachsenring, hari ini.

Pelumba Ducati dari Sepanyol itu akan memulakan perlumbaan dari petak utama buat kali kesembilan dalam kelas perdana di Sachsenring, sekali gus menjadi pelumba pertama dalam sejarah mencapai pencapaian berkenaan di litar itu.

Digelar ‘King of the Ring’, pelumba berusia 33 tahun itu kini memburu kemenangan ke-13 di Sachsenring, termasuk kemenangan ke-10 dalam saingan MotoGP.

Sekiranya berjaya muncul juara pada perlumbaan esok, Marquez akan menyamai dua rekod milik legenda Itali, Giacomo Agostini.

Rekod pertama ialah kemenangan terbanyak di satu acara Grand Prix, iaitu 13 kali, manakala rekod kedua adalah kemenangan terbanyak di litar yang sama dalam kelas perdana dengan 10 kemenangan.

Marquez menamatkan sesi kelayakan di hadapan adiknya, Alex Marquez, yang mewakili pasukan satelit Ducati Gresini.

Pelumba Itali, Fabio Di Giannantonio dari pasukan VR46 milik ikon MotoGP Itali, Valentino Rossi, melengkapkan kedudukan tiga terbaik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top